Kenapa Baca Novel?

Novel Like a Mystery Box...

Kita tidak tahu apa yang menanti di dalamnya untuk kita terokai, fahami dan rasai. Sehinggalah kita baca dari awal hingga akhir.

Kita juga tidak pasti ilmu baru yang bakal diperolehi. Ilmu yang mungkin kita tidak akan sentuh atau baca hanya sebab kita saja-saja hendak tahu mengenainya. Dengan membaca novel, secara tidak langsung kita memperolehi pengetahuan atau ilmu yang baru walaupun sekadar asasnya sahaja. Terpulanglah pada kita untuk memperluaskan lagi pengetahuan itu dengan lebih spesifik atau biarkannya hanya setakat itu sahaja.

Tidak dinafikan... terdapat novel yang hanya sekadar novel tempat berangan-angan yang indah-indah, realitinya tidak. Tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak membaca novel. Kerana terdapat juga novel yang bagus. Sarat dengan ilmu dan pengajaran. Malah mampu menjadi titik tolak kepada perubahan atau pemikiran seseorang daripada baik kepada lebih baik. Di sinilah letaknya kebijaksanaan kita dalam menilai dan memilih bahan bacaan kita. Kerana...

Kita adalah apa yang kita baca...


~ novel like a mystery box ~
~ afin arif ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...