Review: The wedding Breaker ~ Evelyn Rose


Penulis: Evelyn Rose
Penerbit: Karya Seni
Cetakan: Pertama – Nov 2012
ISBN: 978-967-0246-36-9
Harga: rm 25
Helaian: 642 m/s

' Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekati…'

Baca KU

THE WEDDING BREAKER (TWB) pada asalnya merupakan e-novel yang dimuatkan dalam laman blog (fairytalefromevelyn.blogspot.com) penulis yang lebih selesa dikenali dengan nama pena EVELYN ROSE (ER) sebelum dibukukan.

Naskah ini dihasilkan pada mulanya hanyalah untuk suka-suka dimana ER yang selalu berangan menjadi penulis. Ianya ditulis dengan penuh santai berbekalkan cebisan ilmu yang ada dan pengalaman sepanjang kehidupan ER. Tiada perancangan rapi, tiada pembuktian, tiada objektif yang nyata, dan tiada kajian mendalam. Namun penulis masih mengharapkan ada sesuatu yang terkesan dalam hati pembaca.

Kisah TWB bermula dengan kehadiran Ariana Rose, watak utama novel ini ke majlis pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil dengan niat untuk menghalang pernikahan tersebut atas permintaan Tengku Juwita sendiri. Penipuan yang dicipta Ariana bukan sahaja menyebabkan majlis pernikahan Adam terbatal tetapi juga telah menyebabkan reputasi dan status Adam di mata masyarakat terjejas teruk.

Bermula dari peristiwa itu, Adam bertekad untuk menculik Ariana bagi membersihkan kembali namanya. Namun, perkara lain pula terjadi apabila Adam telah memperkosa Ariana dan membiarkan Ariana menghadapinya sendirian.

Bagi Ariana, dia terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat daripada perbuatannya itu. Bagi mengubati kedukaan, Ariana mendekatkan dirinya dengan golongan kurang upaya dan yang tidak bernasib baik. Dengan membuat kerja2 kebajikan dan mendengar luahan mereka, Ariana berharap agar dapat melupakan kenangan pahitnya. Namun, segala usahanya itu seolah-olah mendekatkan lagi hubungan antara Ariana dan Adam.

Sedar akan hakikat itu, Ariana nekad untuk berhenti kerja dan kembali menetap bersama uminya di Kelantan tanpa mengetahui bahawa dia bakal ditunangkan dengan Adam dan akan bernikah dengan Adam 3 bulan kemudian.

Adam pula, kecewa dengan kehilangan Ariana nekad untuk memutuskan rancangan pertunangan yang diatur ibubapanya dan sanggup kehilangan harta warisannya demi mengangkat darjat Ariana sebagai isteri apabila bertemu kembali dengan Ariana. Namun, niat Adam itu ditolak mentah2 oleh Ariana. Hakikatnya, Adam juga tidak mengetahui bahawa bakal tunangannya adalah Ariana sehinggalah dia pulang dari umrah bersama tekad dan azam baru untuk lebih mengenal Allah walaupun tanpa Ariana disisinya.

Apakah rintangan dan dugaan yang terpaksa dilalui Adam selepas berumah tangga dalam merebut cinta Ilahi dan juga cintanya terhadap Ariana? Bagaimana Adam menghadapi hari mendatang apabila diri sentiasa dihambat dosa silam?

Nak tahu... kena la baca... :)



Rasa KU

Jalan cerita TWB ni straight to the point... means tak patah ke belakang pastu ke depan balik pastu belakang balik... lurus je... But sometimes... bila baca rasa macam ke laut je... mungkin sbb baca berhenti2... so bila sambung baca balik... nak dptkn mood balik... tu yang rasa mcm lost sekejap... haha... apa-apa aje...

Sudut pandangan (point of view) penceritaan pula adalah dari sudut pandangan hampir setiap watak-wataknya. Maknanya novel ni menceritakan buah fikiran atau pandangan dari banyak orang/watak. Bercampur-campur mengikut situasi dan peristiwa yang berlaku.

Tiada objektif nyata atau tema dalam penghasilan TWB, namun apa yang dapat disimpulkan, TWB membawa kita melihat kembali kepada:
  • Penipuan – ianya dilihat sebagai perkara kecil/remeh pada mulanya... namun sebenarnya penipuan itu sendiri adalah permulaan kepada perkara2 tak elok yang lain. Bukan sahaja memberi kesan kepada yang ditipu malah kesannya lebih teruk lagi dirasai si penipu dan juga orang sekelilingnya.
  • Penghijrahan atau perubahan seseorang yang jahil dengan agama Islam... hidup bergelumang dengan zina, arak dan kehidupan bebas... insaf dan mula mengenal Allah... tuhan yang menciptanya. Walaupun perubahannya pada mulanya adalah demi menambat hati orang yang dicintainya semata... Dapat dilihat di sini... sekali kita mendekati Allah dengan seikhlas hati... berkali-kali Allah mendekati kita walau pada asalnya itu bukanlah niat utama kita yang sebenarnya....

Keseluruhannya... tak rugi baca novel ni... BEST... banyak info dan pengajaran diperolehi. Yang paling terkesan di hati adalah part bila Adam mula berubah... Adam jumpa ustaz Hakimi untuk bertanyakan soalan.



Suka KU

Suka? Suka apa yek? Ha... suka ni... bagi pasangan yang nk berumah tangga atau yang baru berumah tangga... banyak tip yang boleh jadi panduan... antaranya:
  • When you are living together, like now, after married, don’t always wear nothing in front of him. Kalau selalu tayang semua, dia akan immune. When you hide some part and show some part it will invites him to figure out more. All our bras and panties, put them in another closet, don’t throw them around. So that when once in a while you put your bras or panty on the bed or on the floor it creates some spark in his subconscious mindm/s 489
  •  ...women sometimes need her own room... Her own belonging and her own privacy... No matter how close we are with our husband always and always spare something as a secret. Lumrah lelaki suka mengejar cabaran...” m/s 488 
  • “ ...nasihat daripada seorg ibu bernama Umamah binti al-Harith, seorg yg sangat disegani krn ilmu dan kabaikkannya kpd anaknya Umm Iyaas yang baru nak berkahwin. Umamah menasihati anaknya tentang 10 perkara..
Pertama dan kedua... kita kena selalu berpuas hati dengan layanan suami dan jadilah pendengar yang baik. Taat padanya kerana kepuasan hati suami akan membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan manakala mendengar dan taat kepada suami akan membuatkan Allah sayang pada kita.
Ketiga dan keempat... pastikan yang kita sentiasa dalam keadaan terbaik pda pandangan suami. Pakai pakaian yg cantik2, yg cantik di matanya, dan jngn lupa sembur minyak wani sbb lelaki mdh tertarik dng bau-bauan.
Kelima dan keenam... siapkan makanannya pd waktu yg tepat dan pastikan apabila dia tidur kita tidak bising. Kalau ada anak, hormati suami dengan membawa anak ke kawasan lain supaya tidak mengganggu suami. Perut yang lapar dan tidur yang tidak mencukupi boleh membuatkan seseorang itu marah dan hilang pertimbangan.  
Ketujuh dan Kelapan... jaga hati pekerja dan anak-anaknya serta harta yang dia ada kerana tindakan ini menunjukkan kematangan kita.  
Kesembilan dan kesepuluh... jangan sesekali pecahkan rahsianya kepada orang lain dan jangan sesekali melawan cakapnya. Jika rahsianya kita uar-uarkan kepada yang lain, hati kita takkan tenang memikirkan kemungkinan yang dia juga akan melakukan perkara yang sama. Melawan cakapnya akan melahirkan kebencian dalam hatinya. Kebencian yang sedikit, apabila berkumpul akan membawa kehambaran dalam perkahwinan...” m/s 400-401

Sebenarnya ada banyak lagi yang AA suka... tapi tak blh nak letak semuanya... nanti entri ni jadi panjang sesangat... : )
~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~


Sinopsis Kulit Buku
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”


Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”


Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.”Tengku Adam Kamil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...