Gadisku, Wan Adnin ~ Noor Suraya

Penulis: Noor Suraya 
Penerbit: JS Adiwarna 
Cetakan: Pertama Jun 2012 
ISBN: 978-967-0201-52-8 
Harga: rm 20 
Helaian: 313 m/s 

‘...dalam banyak-banyak cerita cinta, kisah ini pernah ada...’


Baca KU 
GADISKU, WAN ADNIN meriwayatkan perjalanan hidup Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Kehidupan seharian Wan Adnin, Si Cantik Manis Delima (gelaran yang diberi Ahmad Akhtar) ini sudah seperti kisah-kisah dongeng dulukala. 

Adnin telah dipelihara oleh Wan Suhaidah, Tok Bondanya sejak dia berusia 1 tahun lagi apabila kedua ibu bapanya bercerai. Di bawah penjagaan Tok Bonda, semua tingkah laku, percakapan, sehinggalah siapa kawan Adnin semuanya dikawal rapi. Tok Bonda tidak mahu Adnin larut seperti anak gadis lain. Lagi pula, Tok Bonda ini sangat menjaga kedudukan aristokrat keturunannya. 

Adnin itu sama seperti anak gadis biasa yang tidak dapat lari daripada mempunyai impian dan cita-cita. Namun semuanya seolah dihalang atau disekat Tok Bonda. Tok Bonda mahu Adnin tinggal sahaja dirumah. Apa salahnya jadi tukang tekat, kerja orang elok-elok. Dulu-dulu kerja ni kerja orang istana. Itulah kata Tok Bonda apabila Adnin menyuarakan hasratnya untuk mencari kerja di luar. Tambah Tok Bonda lagi, walaupun duduk di rumah Adnin masih lagi mampu menjana pendapat lumayan dengan hasil upah menekat. 

Walaupun kehidupan Adnin dikongkong oleh Tok Bonda, Adnin tidak pernah melawan apatah lagi membantah arahan Tok Bonda. Ini kerana sejak kecil lagi Adnin telah diajar untuk menghormati orang yang lebih tua. Selain itu, dia juga kenang akan jasa Tok Bonda yang sudi menjaga dan memberi kasih sayang kepadanya setelah ditinggalkan ibu bapanya 

Namun, dalam banyak-banyak perkara, perihal jodohnya sukar untuk Adnin menerima aturan Tok Bonda. Bukan Adnin mahu lupa diri, tetapi rasa hatinya perlu juga diambil kira. Sudahnya Adnin mengunci mulut, ikutkan sahaja kata Tok Bonda yang terlalu bertegas akan jodohnya. Banyak pinangan untuk Adnin yang ditolak Tok Bonda. Paling Adnin tak boleh lupa adalah pinangan daripada Ahmad Akhtar. 

Tok Bonda memang tidak sudi bermenantukan Akhtar, anak pengusaha kantin itu. Pangkal nama Akhtar tidak ada Tengku, Ku, Raja, Megat dan yang seumpamanya... tidak setanding dengan Adnin yang mempunyai Wan dipangkal namanya. Kasihan Akhtar!... tapi kasihan lagi Adnin! Dua-dua memendam rasa. Semuanya kerana Tok Bonda. Mujur ada rakan-rakan yang memahami... Zie, Hani, Lila, Sheri dan Angah Su yang sentiasa memberi semangat dan menceriakan hari-hari Adnin. 

Akhirnya, Tok Bonda telah menjodohkan Adnin dengan Raja Izhar yang dirasakan sedarjat dengannya. Walau sesungguh mana pun Adnin menolak, Tok Bonda tetap tidak peduli. Namun sesuatu telah terjadi pada saat Adnin akan dinikahkan dengan Raja Izhar. Sesuatu yang bakal mengubah persepsi Tok Bonda tentang pangkat dan keturunan. Pemikiran orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua yang dipupuk pada zaman yang salah. 

Apakah yang telah terjadi? 


Rasa KU 
Apa yang dapat AA perkatakan, penggunaan kertas kuning dirasakan pilihan yang tepat bagi menerbitkan rasa klasik/lama ketika membaca novel ini terutama bila baca catatan Wan Yusuf Bin Wan Ahmad yang ditulis pada lewat tahun 1800an. Bau serta warna kertas membuatkan seolah AA membaca catatan asal yang ditulis dalam buku catatan berwarna hitam yang berusia lebih 100 tahun itu. 

Pada masa kini, jarang syarikat penerbitan menggunakan kertas jenis ini sebab harganya yang lebih mahal berbanding kertas putih biasa yang sering digunakan. Secara tidak langsung ianya akan meninkatkan harga buku. Lihat sahajalah novel Gadisku, Wan Adnin ini walaupun ketebalannya hanya 313 muka surat sahaja tetapi harganya mencecah RM 20... bukankah itu lebih mahal berbanding novel lain yang menggunakan kertas warna putih. Apapun, ianya sangatlah berbaloi dengan kualiti yang dihasilkan. Bukan sahaja kualiti buku bahkan intipati kandungan buku itu juga. 

Berdasarkan pengalaman membaca karya NS yang lepas-lepas, GWA ini juga sudah tentulah tidak dapat lari daripada penggunaan ayat serta kata-kata yang indah dan halus... tidak dilupakan juga pantun warisan turun temurun. Kadang-kadang AA rasa seolah membaca buku teks bahasa Melayu... pelbagai kata dapat dipelajari. Bukan itu sahaja, pada masa sama NS juga bijak membetulkan penggunaan kata yang tidak sesuai digunakan yang mungkin sahaja kita tidak mengetahuinya. 

     Adnin meletakkan telefon tanpa ucap salam. 
     Matilah, ‘malaun’ mana pula ni. Nak main-main polis sentri dengan Adnin ni. Kalau Tok Bonda tahu Akhtar sudah berani telefon Adnin sendiri, matilah!. 
     Adnin sayang, cuba pergi semak kamus. Kata ‘malaun’ tu buruk maksudnya dalam bahasa Melayu.    Jangan apabila dengar orang cakap macam tu, Adnin pun nak cakap juga. Ingat pesan Tok Bonda, anak gadis harus halus bahasanya. Kata-kata kesat layak untuk orang yang buruk akhlaknya sahaja. 
    Adnin sayang, budi bahasalah yang mencerminkan peribadi seseorang. 
    Ingat tu! m/s 25 

Oh ya... dalam novel ini juga diselitkan dengan kisah berkaitan dengan Terusan Wan Mat Saman dan Bunga Emas Bunga Perak yang dihantar ke Siam setiap tiga tahun sekali sebagai ufti. Kisah-kisah ini sudah sinonim dengan sejarah Kedah. Seperti kata NS dikulit buku, siapa lagi yang akan bercerita fasal negerinya, kalau tidak anak-anak negeri itu sendiri. 


Suka KU 
Hidup di Malaysia ini, memanglah kita mesti pandai membawa diri. Macam yang ustaz kata: ‘Tidak boleh menyamaratakan semua agama sama’. Sebab dalam Islam, tersalah cakap akan membawa percanggahan aqidah. Itulah, biar jelas dan terang betul-betul fasal pendirian Adnin pada agama mereka. Jadi, jangan pula kawan-kawan Adnin yang bukan Islam rasa disakiti, atau salah faham – sekiranya, kalau ada masa-masanya Adnin tidak boleh ikut mereka kerana benda itu bertentangan dengan agama Islam. m/s 72 

Cinta itu rupanya seperti angin dingin yang berhembus; sejuk dan menyenangkan. Kita hanya sedar cinta itu pergi setelah rasa panas bertandang.   m/s 175 

Tidak dilupakan juga pesanan2 Tok Bonda: 
- Orang perempuan, bukannya perempuan lagi kalau tidak mahu duduk bersimpuh. Bersimpuh ini, lambang santun anak gadis yang pekerti. 
- Orang perempuan kena jadi perempuan, bukan terloncat-loncat hendak memanjat macam tu. 
- Orang perempuan jangan duk main selut banyak-banyak nanti badan gelap dan berbau lumpur. m/s 32


~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~



Sinopsis Kulit Buku 

Cinta itu kurniaan Allah 
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya 

Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar... 

“Tapi kalau Tok Bonda kau tu panjang umur sampai seratus tahun, macam mana? Cuba kira berapa lama kau kena ‘kelola’ dia di sini. Kira umur kau sudah berapa waktu tu?” 
“Haniiii!” 
“59!!!” Cepat sahaja Zie mengira. Mentang-mentanglah emaknya itu ada kedai runcit kampung. 
Adnin ambil bantal dan memukul mesra Hani, kemudian Zie. 
Jahat! 
“Adnin! Kau ingat Akhtar nak kahwin dengan kau yang sudah nenek-nenek waktu tu! 59, Adnin, 59! Ingat tu,” sambung Hani. 
Sementara itu Zie pula membuat gema mengulang usikan Hani: ‘59, Adnin, 59! Ingat tu’. 
Sheri dan Zila sudah ketawa. Tidak tahan. 
“Yalah, kalau dah betul Akhtar tu cinta kat kau separuh mati pun, padan patutlah... takkan sampai tua kerepot pun dia masih setia nak tunggu!” tambah Zie menambah benzin. 
Sampainya hati mereka kata macam tu dekat Tok Bonda. Kawan-kawannya itu tak pernah berhenti ‘membasuh otak’nya supaya ‘menderhaka’. 

Jadi apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi kata peribahasa lama pula, ikut rasa... binasa, ikut hati... mati!




Review: Nah, Untuk Awak! ~ Nirrosette



Penulis: Nirrosette 
Penerbit: Jemari Seni 
Cetakan: Pertama Mei 2012 
ISBN: 978-967-5118-86-9 
Harga: rm 20 
Helaian: 474 m/s

‘Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru... 


Baca KU
NAH, UNTUK AWAK! Merupakan karya kedua NIRROSETTE yang diterbitkan oleh Jemari Seni. NUA! membawa kita kepada kisah Nur Najiha yang menganggap hidup itu mudah. Mempunyai babah yang menyayangi, kekasih hati yang sempurna dimatanya dan rakan-rakan yang setia sudah cukup padanya.

Namun, panas tidaklah sampai ke petang. Bahagia yang dirasai Jiha diragut oleh kekasih hati yang berpaling arah kepada sahabat baik Najiha sendiri. Pelbagai cara dicuba Najiha untuk memaafkan serta melupakan perbuatan Ilham dan Dian terhadapnya namun tidak berhasil. Akhirnya Jiha membawa diri ke Korea untuk bercuti selama 10 hari atas desakan babahnya.

Di sana, ketenangan Jiha sering diganggu gugat dengan kehadiran Eid. Sebenarnya, Eid hanyalah menjalankan amanah yang telah diberi babah Jiha supaya menjaganya sepanjang tempoh di Korea. Ayat-ayat sarkastik dan tidak berperasaan Eid telah berjaya membuatkan Jiha mula melupakan Ilham sedikit demi sedikit.

Ketenangan yang mula dikecapi Jiha diuji lagi dengan pemergian babah Jiha secara tiba-tiba akibat serangan jantung. Najiha kesunyian, mujur ada Nina sahabatnya yang sering menemaninya dan mendengar segala keluh kesah Jiha. Walaupun babah Jiha meninggalkan harta warisan yang banyak kepada Jiha, tetapi itu bukanlah jaminan kebahagiaannya.

Ini kerana, lelaki yang mendampinginya selepas itu hanya inginkan kekayaannya bukan dirinya. Jiha jadi panasaran dalam memilih siapa bakal menjadi imamnya. Namun, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Terpulanglah kepada Najiha bagaimana dia menerima dan reda dengan takdir ketentuan-Nya dan meneruskan hidupnya. Dapatkah Najiha menemui happy endingnya?


Rasa KU
Nah, Untuk Awak!... lebih kepada menghargai peminat Nirrosette yang menantikan kemunculan novel terbaru darinya. Nah, Untuk Awak! Peminat yang tertunggu-tunggu karya terbaru Nirrosette. Sebab tajuk novel dengan ceritanya memang tak ada kaitan langsung.

Kisah Najiha ini menggunakan latar belakang Singapura memandangkan penulisnya juga berasal dari Singapura. Bagi pembaca yang tidak pernah sampai singapura atau tidak familiar dengan Singapura agak sukar untuk menbayangkan tempat-tempat yang dinyatakan penulis. Selain itu, penulis juga ada menyelitkan beberapa info mengenai sistem pendidikan di Singapura dalam kisah Najiha ini. Tetapi itu bukanlah penghalang untuk kita menghayati dan mengambil iktibar dari kisah ini... kan?

Biasanya kita disajikan dengan kisah orang yang ditimpa musibah dan kemudian mencari Allah dimana merupakan tempat untuk mengadu segala masalah... tetapi kisah Najiha ni lain sikit... Najiha mula mengenal dan melaksanakan suruhan-Nya disebabkan oleh orang yang disayanginya iaitu babahnya bukan sebab musibah yang melandanya.

Najiha sering bermimpi bertemu dengan seseorang yang hodoh dan kurus yang meminta tolong kepadanya selepas babahnya meningal dunia. Najiha mendapatkan pandangan Nina mengenai mimpinya itu. Nina berpendapat, mungkin itu adalah bayangan arwah babah Najiha... Nina juga membuka cerita mengenai golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka dan itu juga merupakan sebab Nina mula mengenakan hijab kerana dia sayang akan keluarganya.

Pada saat dan ketika itu juga Najiha membuat keputusan untuk berhijab. Dia sayang akan babahnya. Dia tidak mahu babahnya menderita dan terseksa kerananya. Bermula dari situ sedikit demi sedikit Najiha mula mendalami Islam, belajar mengaji dan mengikuti kelas-kelas agama yang dianjurkan.

Seusai habis membaca NUA! Ni, keseluruhan apa yang ingin disampaikan Nirrosette kepada pembaca dapat AA simpulkan melalui kata-kata ni...
Kadang-kadang 
Kerana terlalu sayang dengan seseorang 
Allah ambil dia daripada kita 
Allah jarakkan kita dengan dia 
Untuk uji kita 
Masihkah kita sayang 
Pada yang mengurniakan rasa sayang itu? 
Dan masihkah kita percaya 
Pada aturan DIA?
Untuk sedarkan kita 
Bahawa ada dia yang perlu lebih kita sayangi 
Lebih daripada segala-galanya 
m/s 285

Allah uji kita sebab Allah nak kembalikan kita pada-Nya. Allah ingin kita ingat Dia semula. Allah ingin sedarkan kita yang kita sebenarnya ada Dia yang perlu kita sayangi, lebih daripada segala-galanya.


Suka KU

m/s 146
‘Students are at their best when it comes to judging what their teachers wear, okay”
AA setuju! Bila baca part ni... teringat zaman sekolah dulu. Kadang-kadang kita lebih ingat dengan apa yang seseorang cikgu tu selalu pakai berbanding nama penuhnya sendiri.

m/s 354
Jika kita beri Al-Quran kepada seseorang, apabila dia menggunakan al-Quran tersebut dan membacanya, kita yang memberi turut akan mendapat pahala. Al-Quran itu sebenarnya hadiah yang paling mahal yang boleh kita berikan kepada seseorang. Secara langsung atau tidak langsung, sedikit sebanyak ia mungkin boleh mengubah orang itu.
Hanya orang yang bertuah sahaja yang tergerak hatinya untuk menghadiahkan seseorang dengan al-Quran.

m/s 453
“ Awak tau tak antara barang wajib yang perempuan patut bawa selain tisu peket ialah payung?” protes Eid tak puas hati. Umi ialah salah seorang daripada perempuan yang mengikut peraturan tersebut. Mana-mana dia pergi di dalam begnya mesti ada sekurang-kurangnya sepeket tisu dan sekaki payung. Itu barangan wajib, okey.
Hemm... AA tak termasuk dalam golongan Umi Eid la... AA adalah sebaliknya... tisu peket dan payung adalah antara barang yang susah nak ada dalam beg AA... sampaikan, masa blaja dulu... cosmate AA lelaki, cina, yang selalu tumpangkan payung dia sampai bus stop lepas habis kelas... bus stop tu tak la jauh mana pun... tapi bila dah hujan lebat boleh basah lencun juga dibuatnye. Punya la liat nak bawa payung walaupun dah tahu waktu tu musim hujan... huhu.


~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~


Sinopsis Kulit Buku 

Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru

Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap. Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

“Awak intip saya ke apa ni?”
“Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya.”
“Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?”
“Tempat ni bukan awak yang punya.”


Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.

Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.

***

Selepas Ikhlas, A. K! kini NIRROSETTE membawa kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yang bahagia. Nah, untuk Awak! Sebuah kisah bahagia bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.








Review: Hadirmu Takdirku ~ Alina Haizar



Penulis: Alina Haizar 
Penerbit: Kaki Novel 
Cetakan: Keempat – Mac 2011 
ISBN: 978-967-5067-40-2 
Harga: rm 18 
Helaian: 480 m/s



‘Cinta ini adalah milik kau dan aku... 
tak akan ada sesiapa di dalam takdir kita.’

 
Baca KU

HADIRMU TAKDIRKU membawa kepada kisah percintaan antara dua darjat. Jeffry anak tunggal kepada Datuk Hisham. Manakala Hana pula hanyalah bekerja sebagai budak kantin di kafe kolej tempat Jeff belajar.

Perkenalan antara Jeff dengan Hana adalah pertemuan yang disengajakan oleh Jeff yang menyahut cabaran teman-temannya. Hana yang menyangka Jeff benar-benar jujur untuk berkenalan dan berkawan dengannya dengan mudah mempercayai Jeff. Sayangnya Hana tidak tahu bahawa dirinya merupakan bahan taruhan.

Hana masih lagi menyayangi Jeff walaupun dia dilayan dengan buruk. Hana sentiasa dibuai rasa indah bila bersama Jeff. Hatinya sering saja berdebar-debar bila dekat dengan Jeff.

Bagi Jeff pula, dia cuba unuk menidakkan perasaannya terhadap Hana. Pada masa yang sama Jeff amat cemburu bila ada lelaki lain yang cuba mendekati Hana. Jeff masih lagi keliru dengan perasaaannya walaupun perhubungannya dengan Hana telah melangkau jauh daripada yang sepatutnya.

Jeff meninggalkan Hana sendirian terkapai-kapai bila dia melanjutkan pelajarannya ke US. Selepas tujuh tahun, Jeff kembali ke tanah air setelah didesak oleh ayahnya. Kepulangan Jeff disambut dengan sebuah kemalangan yang tak disangka ketika dia dalam perjalanan ke rumah neneknya. Ekoran daripada kemalangan tersebut, jeff dipertemukan dengan seorang anak kecil.

Apa yang memeranjatkan, si kecil Fiqah memanggil Jeff papa. Pada mulanya Jeff menyangka yang Fiqah masih lagi trauma kerana Jeff merupakan orang pertama yang menemui Fiiqah dalam kemalangan yang mengorbankan umi dan abahnya. Namun kesungguhan Fiqah mengakui bahawa Jeff adalah papanya benar-benar menbuat Jeff tidak senang duduk. Rahsia tujuh tahun lalu kembali tersingkap satu persatu.

Dalam usaha menjejaki mama Fiqah, Jeff dipertemukan semula dengan Hana. Hana telah menukar namanya kepada Nurul Ain Hambali, seoarang pengacara TV yang amat disegani dan mempunyai ramai peminat. Hana bukan lagi budak kantin yang comot dan sering diperbodohkan Jeff. Pertemuaan semula mereka membuka kembali kisah luka tujuh tahun lalu.

Luka lama kisah kekejaman manusia yang sangat mementing darjat dan kekayaan telah mengubah hati Hana menjadi beku seperti ais sehingga dia digelar The Ice Princess. Jeff cuba untuk memenangi hati Hana semula. Apatah lagi setelah mengetahui duduk perkara yang sebenarnya.



Rasa KU

Hadirmu Takdirku merupakan novel Pertama Alina Haizar bersama dengan Kaki Novel. HT memaparkan kisah percintaan antara dua darjat yang mendapat tentangan. Hubungan antara Hana dan Jeff tidak disukai Datin Maimunah. Hana gadis kampung dari keluarga yang tidak berpangkat dan berharta. Dia tidak layak mendampingi Jeff.

Biasanya kita sering disajikan dengan kisah seorang anak yang ingin mengetahui siapa ayahnya. Tetapi di dalam HT, AH ingin membuat kelainan melalui kisah seorang anak yang mencari siapa ibunya pula. Selain itu, HT turut menceritakan tentang ketabahan seorang wanita yang bangun dari kekalahan dan berusaha memajukan diri.

Jalan cerita pada awalnya agak laju. Namun menjadi agak perlahan dan meleret pada saat Jeff memberitahu Hana bahawa dia akan melanjutkan pelajarannya ke US. Luahan perasaan Hana serta kekeliruan perasaan Jeff terhadap Hana agak berbelit-belit, membuatkan AA rasa bosan, hilang kejap mood membaca. Rasa macam nak langkah muka surat pun ada jugak.

Tetapi cerita kembali rancak bila Hana tinggal bersama nenek di Kampung Sungai Lui hinggalah Jeff kembali dari US tujuh tahun kemudian dan menjumpai Fiqah.



Suka KU
m/s 311
apabila Hana masuk ke Akademi Penyiaran, Hana telah menukar namanya kepada Nurul Ain Hambali. Hana betul-betul benci dengan nama Farhana sehingga dia sanggup naik turun pejabat pendaftaran untuk membuat pertukaran nama tersebut. Itu bukan satu proses yang mudah. Tetapi akhirnya proses menukar nama itu selesai juga.

Sejak dari itu Hana telah pelajari ilmu kehidupan. Jika kita betul hendakkan sesuatu, kita mesti usahakan sendiri untuk mendapatkannya dan kena bersungguh-sungguh bagi mendapatkannya. Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini jika kita usaha mencari jalan. Itu moto yang dipegangnya yang bisa membuatkan dia mencapai kejayaan mendadak begini.



~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~

Sinopsis Kulit Buku
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!

Review: Lazuardi - Nasz




Penulis: Nasz 
Penerbit: Jemari Seni 
Cetakan: Pertama – September 2012 
ISBN: 978-967-5118-85-2 
Harga: rm 23 
Helaian: 629 m/s



Baca KU
LAZUARDI mengisahkan tentang Anaz yang dilayan macam orang gaji oleh mama dia sendiri. Macam-macam kerja rumah Anaz kene buat daripada mengemas, membasuh hinggalah memasak. Pendek kata semualah dia kene buat. Adik tiri Anaz si Lily dan mama dia duduk rumah goyang kaki je.

Anaz ni ada kawan baik, lelaki, nama dia Odie. Diaorang ni dah berkawan sejak dari tadika lagi. Kebetulan rumah Odie ni sebelah rumah Anaz dan balkoni bilik diaorang ni bertentangan. So sacara automatiknya Odie ni dah dijadikan tempat untuk Anaz meluahkan perasaan bila dia ada masalah.

Nueq (adik tiri Anaz, abang kepada Lily) ada seorang kawan yang selalu datang rumah diaorang, nama dia Shark. Shark ni memang suka datang lepak-lepak kat rumah Nueq lepas habis sekolah... bukan setakat lepak je... siap menjamu selera lagi. Sebenarnya, Shark ni dah tangkap cintan dengan Anaz walaupun umur dia lagi muda dari Anaz.

Hidup Anaz yang dah sedia bermasalah bertambah-tambah masalah... masalah... masalah... bila muncul watak Ain yang bermuka suci murni macam snow white tapi hati kalah witch. Ain ni sepupu dengan Lily dan Nueq... sebelah arwah mak diaorang. Abah Anaz ambil Ain tinggal dengan mereka lepas ayah dia meninggal sebab dah tak ada sapa nak jaga si Ain ni.

Sejak adanya Ain ni... beberapa kejadian pelik terjadi pada Anaz hingga Anaz kene halau dari rumah. Hubungan Anaz dengan Odie pun semakin renggang. So, nak tahu kejadian pelik apa yang berlaku pada Anaz, siapa dalang disebaliknya serta siapa yang menjadi hero penyelamat Anaz... jeng, jeng, jeng... kene baca sendiri la... la... la.



Rasa KU
Dalam blog Nasz (nasz-h,blogdrive.com) kisah ni diberi tajuk ANAZ... ada la juga kaitannya... memang cita pasal Anaz sebagai watak utama. Tetapi bila dah diterbitkan dalam versi cetak, tajuknya diubah kepada Lazuardi.

Perkataan Lazuardi membawa dua maksud yang berbeza. Pertama, sejenis galian berwarna biru tua yang terdiri terutama daripada lazurit dan digunakan sebagai batu permata dan bahan cat. Kedua, warna biru tua seperti lazuardi macam tu la... mcm tak ada kaitan langsung dengan kisah yang disampaikan... bukan tak de langsung... ada la sikit... warna batu cincin kahwin Anaz warna lazuardi... rasanye itu je la kot... hehe

Sedih cita ni bila baca kesusahan yang terpaksa ditanggung Anaz... nak berjurai air mata ni. Tapi ada juga part-part yang meleret-leret... jadi bosan. Nasib baik ada hero penyelamat keadaan dengan ayat gila-gila tapi sweet. Siapa?... of course la Odie n Shark (nama panggilan pun dah macam nama watak cartoon).

Apa-apa pun best cite ni... sedih tapi masih santai. Mungkin cara penulisan Nasz yang lain daripada yang selalu penulis-penulis lain ketengahkan yang membuatkan cerita ni jadi unik. Penggunaan perkataan aku sebagai ganti diri dan juga sebagai permulaan ayat... bunyinya agak kasar... ada orang tak berapa gemar dengan gaya penulisan seperti ini... tapi cara Nasz bermain kata-kata... walaupun kasar... tapi sempoi jer... terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai... ada yang kisah dan ada juga tak...

Tapi gaya penulisan seperti ini macam dah jadi trademark Nasz. Sebab novel Seewt n Sour pun gini la juga gaya penulisannya... aku sana... aku sini... bila banyak guna perkataan aku ni... masa baca... kadang-kadang rasa macam baca diari orang plak... hehe... perasaan AA je kot... ngee

Cuma ending cerita ni macam tergantung sikit... sikit jer... yang pasti Anaz bahagia... watak tak waras Ain tu macam melampau sangat... kalau mak Anaz tu AA faham la jugak, tapi si Ain ni macam tak patut langsung... lebih sudu dari kuah... bila masa la Ain the witch tu pikir idea-idea bombastik macam tu untuk kenekan Anaz...hmmm.

Apa yang AA dapat tangkap apa yang cuba disampaikan Nasz dalam Lazuardi...

Tanggungjawab sebagai anak - Parents kita tetap parents kita, kita kene layan dengan baik walaupun layanan mereka terhadap kita tidak baik sebab itu dah jadi tanggungjawab kita. Tentang layanan buruk mereka terhadap kita dulu, itu adalah masalah mereka. Seperti watak Anaz, walau teruk macam mana pun layanan mama terhadap Anaz dari kecil hinggalah dia dewasa, Anaz tetap layan dan menjaga mamanya dengan baik terutama ketika mama dia sakit.

Lagi ape ye... rasenya itu je kot, yang lain itu macam biasa2 je. Oo ye... kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Elakkan rasa cemburu dan dengki dengan orang lain kerana sikap itu akan memakan diri kita sendiri suatu masa nanti... macam Ain tu la... kan dah kene tangkap dengan polis... nak kata apa lagi.


~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~


Sinopsis Kulit Buku
Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”


Tapi, betul ke Odie itu jodohnya? Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...

“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”


‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini? Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?

***

NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yang mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya. 
 
 
 
 

Review: Dandelion Ditiup Angin ~ Aidah Bakri


Penulis: Aidah Bakri
Penerbit: Jemari Seni
Cetakan: Pertama Februari 2013
ISBN: 987-967-0508-08-5
Harga: rm 20
Helaian: 460 m/s
Jiwa yang tenang dan hati yang reda adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia


Baca KU
DANDELION DITIUP ANGIN (DDA)
merupakan karya kedua AIDAH BAKRI (AB) yang diterbitkan oleh Jemari Seni. Melalui DDA, AB cuba untuk mendalami jiwa dandelion... si rumput liar yang digambarkan melalui watak Nurin Ardini.

Nurin Ardini, seorang anak yatim yang dibesarkan di rumah banglo Datuk Mazlan dan Datin Zaharah kerana ibunya bekerja di situ sebagai orang gaji selepas ayahnya meninggal dunia.

Sejak kecil, Dini sering dibuli oleh Rifqi, anak tunggal Datuk Mazlan dan Datin Zaharah. Sebenarnya Rifqi cemburu dengan Dini yang sering mendapat lebih perhatian daripada Umi dan Abi berbanding dengan dirinya, sedangkan dia anak tunggal. Rifqi mahu Dini keluar daripada rumah banglo itu.

Demi melaksanakan impiannya itu, Rifqi sanggup memfitnah Dini. Rifqi mengumpan Dini supaya masuk ke dalam biliknya semasa tiada sesiapa di rumah itu... lalu dia mengatakan bahawa Dini mahu menggodanya. Akibat daripada itu, Abi memaksa mereka supaya bernikah secepat mungkin. Dini menentang keras cadangan itu kerana dia tidak salah, sebaliknya Rifqi pula hanya mendiamkan diri sahaja... mengiakan tidak, membantah pun tidak.

Pada malam pernikahan Dini, ibu Dini pergi menyahut panggilan Ilahi lantaran terlalu kecewa dengan perilaku Dini yang memalukan. Dini pula tidak sempat untuk meminta maaf dari ibunya kerana pada malam itu juga Rifqi telah menidurinya secara paksa sebagai balasan kerana dia telah mengahwini Dini. Selepas itu, Rifqi telah menghalau Dini dari rumahnya.

Dini menyangkakan mentari akan muncul selepas dia keluar dari Vila Kasih, tetapi realiti adalah sebaliknya apabila Dini disahkan hamil. Kedukaan Dini semakin bertambah lagi apabila anak yang mula mendapat tempat dihatinya pergi mengadap Ilahi dalam tidurnya selepas sepuluh hari dilahirkan. Lantaran itu Dini membawa diri ke Ireland bagi mengubat laranya.

Namun, sejauh mana Dini melangkah, dia kembali semula ke tempat dimana dia mula melangkah... di Vila Kasih... terdapat kisah duka hidupnya, kenangan bersama arwah ibunya dan juga Rifqi... suaminya. Dini seperti dandelion, sejauh mana dandelion terbang ditiup angin... ia pasti akan kembali semula ke tempat asalnya.

Bagaimana Dini... si dandelion yang berjiwa kental boleh kembali ke tempat asalnya? Apakah penyebabnya? Dan Rifqi pula... apa sudah terjadi dengan perasaan benci serta jijiknya terhadap Dini? Bagaimana Rifqi... si angin ganas yang tegar meniup si dandelion terbang jauh membawa kembali dandelion pulang ke tempat asalnya? Mampukah Rifqi?



Rasa KU
Secara umumnya DDA ini membawa kisah yang biasa-biasa sahaja. Kisah kehidupan seorang gadis yang sebatangkara mengharungi hidup bersama dugaan dan rintangan yang terpaksa di hadapi sebelum bertemu dengan bahagia.

Tetapi, apa yang membuat DDA ini istimewa adalah cara AB menggarap kisah Nurin Ardini ini dengan mengaitkannya dengan dandelion... si rumput liar. Dari awal cerita hinggalah ke akhirnya. Sesuatu yang lain daripada yang lain.

Bagi sesiapa yang ingin menjiwai atau mengetahui perwatakan serta sifat dandelion memang perlu dapatkan novel ini. Sesuai dengan tajuknya DANDELION DITIUP ANGIN....

Dan... melalui kata-kata ini mungkin menggambarkan apa yang cuba disampaikan AB dalam DDA kepada pembaca untuk dihayati...
Memang benar, ada waktunya kita memerlukan secebis kesedihan walaupun ia amat menyakitkan.
Ada ketikanya kita perlu melakukan pengorbanan walaupun bukan atas kerelaan hati. Dan..
Ada masanya hanya takdir yang menentukan seuntai impian indah menjadi satu kenyataan.



Suka KU
Alamak dah tersuka dengan bunga dandelion la... nak buat macam mana ni? Masa AA baca DDA rasa seperti ringan je... lalu terbang ditiup angin... hushhh... hushhh... ai..ai.. ni menghayati cerita ke berangan ni... ngee.. berangan sudah... Ok la... ni antara petikan dalam DDA yang menarik minat AA... jom kita tinjau... zazzz...
Bukan mudah untuk berbuat baik pada orang yang berbuat jahat pada kita. Tetapi itulah yang Allah pandang yang kadang-kadang boleh mendatangkan rahmat Allah, penyebab kita masuk syurga. (m/s321)
“Broken heart is like melted chocolate. No matter how you try to freeze it, it will never return to its original shape...” (m/s 353)
...tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Tidak perlu cinta yang menggebu-gebu untuk merealisasikan sebuah ikatan. Cukup dengan melunaskan tanggungjawab masing-masing. Cinta itu tanggungjawab. Cinta hadir dengan hak. (m/s 457)

~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~


Sinopsis Kulit Buku
Dini kembali ke Malaysia setelah yakin dia cukup kuat untuk menghadapi segalanya. Namun, segala apa yang direncanakannya tidak menjadi. Baru sebulan dia kembali, dia sudah bertemu sejarah silamnya, Rifqi.

Rifqi sudah lelah mencari. Dia tahu kerana egonyalah insan di sisinya menderita. Kini, apa yang dia ada hanya dandelion di pinggir laman. Ibarat angin yang tidak jemu memanggil dandelion kembali, dia akhirnya bertemu semula dengan Dininya. Mereka tidak akan terpisah lagi! Itu janji Rifqi.

Bertemunya mereka, mencarik semula luka di hati Dini. Mengapa mesti mereka bertemu lagi? Hatinya tidak cukup kuat untuk melangkah kembali ke daerah itu. Cukuplah sekali. Kini dia sudah cukup sedar diri.

Namun ada hati yang perlu dijaga. Dini tidak mampu menghampakan hati itu lagi. Benarkah dengan menyenangkan hati orang, hati kita juga akan tenang?

***
AIDAH BAKRI, guru Sains ini mengusik hati pembaca dalam Dandelion Ditiup Angin dengan bahasa yang indah dan menyentuh hati. Beliau percaya cinta itu akan tetap hadir jika lafaz itu memang dijanjikan untuk mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...