Review: Hadirmu Takdirku ~ Alina Haizar



Penulis: Alina Haizar 
Penerbit: Kaki Novel 
Cetakan: Keempat – Mac 2011 
ISBN: 978-967-5067-40-2 
Harga: rm 18 
Helaian: 480 m/s



‘Cinta ini adalah milik kau dan aku... 
tak akan ada sesiapa di dalam takdir kita.’

 
Baca KU

HADIRMU TAKDIRKU membawa kepada kisah percintaan antara dua darjat. Jeffry anak tunggal kepada Datuk Hisham. Manakala Hana pula hanyalah bekerja sebagai budak kantin di kafe kolej tempat Jeff belajar.

Perkenalan antara Jeff dengan Hana adalah pertemuan yang disengajakan oleh Jeff yang menyahut cabaran teman-temannya. Hana yang menyangka Jeff benar-benar jujur untuk berkenalan dan berkawan dengannya dengan mudah mempercayai Jeff. Sayangnya Hana tidak tahu bahawa dirinya merupakan bahan taruhan.

Hana masih lagi menyayangi Jeff walaupun dia dilayan dengan buruk. Hana sentiasa dibuai rasa indah bila bersama Jeff. Hatinya sering saja berdebar-debar bila dekat dengan Jeff.

Bagi Jeff pula, dia cuba unuk menidakkan perasaannya terhadap Hana. Pada masa yang sama Jeff amat cemburu bila ada lelaki lain yang cuba mendekati Hana. Jeff masih lagi keliru dengan perasaaannya walaupun perhubungannya dengan Hana telah melangkau jauh daripada yang sepatutnya.

Jeff meninggalkan Hana sendirian terkapai-kapai bila dia melanjutkan pelajarannya ke US. Selepas tujuh tahun, Jeff kembali ke tanah air setelah didesak oleh ayahnya. Kepulangan Jeff disambut dengan sebuah kemalangan yang tak disangka ketika dia dalam perjalanan ke rumah neneknya. Ekoran daripada kemalangan tersebut, jeff dipertemukan dengan seorang anak kecil.

Apa yang memeranjatkan, si kecil Fiqah memanggil Jeff papa. Pada mulanya Jeff menyangka yang Fiqah masih lagi trauma kerana Jeff merupakan orang pertama yang menemui Fiiqah dalam kemalangan yang mengorbankan umi dan abahnya. Namun kesungguhan Fiqah mengakui bahawa Jeff adalah papanya benar-benar menbuat Jeff tidak senang duduk. Rahsia tujuh tahun lalu kembali tersingkap satu persatu.

Dalam usaha menjejaki mama Fiqah, Jeff dipertemukan semula dengan Hana. Hana telah menukar namanya kepada Nurul Ain Hambali, seoarang pengacara TV yang amat disegani dan mempunyai ramai peminat. Hana bukan lagi budak kantin yang comot dan sering diperbodohkan Jeff. Pertemuaan semula mereka membuka kembali kisah luka tujuh tahun lalu.

Luka lama kisah kekejaman manusia yang sangat mementing darjat dan kekayaan telah mengubah hati Hana menjadi beku seperti ais sehingga dia digelar The Ice Princess. Jeff cuba untuk memenangi hati Hana semula. Apatah lagi setelah mengetahui duduk perkara yang sebenarnya.



Rasa KU

Hadirmu Takdirku merupakan novel Pertama Alina Haizar bersama dengan Kaki Novel. HT memaparkan kisah percintaan antara dua darjat yang mendapat tentangan. Hubungan antara Hana dan Jeff tidak disukai Datin Maimunah. Hana gadis kampung dari keluarga yang tidak berpangkat dan berharta. Dia tidak layak mendampingi Jeff.

Biasanya kita sering disajikan dengan kisah seorang anak yang ingin mengetahui siapa ayahnya. Tetapi di dalam HT, AH ingin membuat kelainan melalui kisah seorang anak yang mencari siapa ibunya pula. Selain itu, HT turut menceritakan tentang ketabahan seorang wanita yang bangun dari kekalahan dan berusaha memajukan diri.

Jalan cerita pada awalnya agak laju. Namun menjadi agak perlahan dan meleret pada saat Jeff memberitahu Hana bahawa dia akan melanjutkan pelajarannya ke US. Luahan perasaan Hana serta kekeliruan perasaan Jeff terhadap Hana agak berbelit-belit, membuatkan AA rasa bosan, hilang kejap mood membaca. Rasa macam nak langkah muka surat pun ada jugak.

Tetapi cerita kembali rancak bila Hana tinggal bersama nenek di Kampung Sungai Lui hinggalah Jeff kembali dari US tujuh tahun kemudian dan menjumpai Fiqah.



Suka KU
m/s 311
apabila Hana masuk ke Akademi Penyiaran, Hana telah menukar namanya kepada Nurul Ain Hambali. Hana betul-betul benci dengan nama Farhana sehingga dia sanggup naik turun pejabat pendaftaran untuk membuat pertukaran nama tersebut. Itu bukan satu proses yang mudah. Tetapi akhirnya proses menukar nama itu selesai juga.

Sejak dari itu Hana telah pelajari ilmu kehidupan. Jika kita betul hendakkan sesuatu, kita mesti usahakan sendiri untuk mendapatkannya dan kena bersungguh-sungguh bagi mendapatkannya. Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini jika kita usaha mencari jalan. Itu moto yang dipegangnya yang bisa membuatkan dia mencapai kejayaan mendadak begini.



~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~

Sinopsis Kulit Buku
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...