Review: Suratan Kasih ~ Durrah Fatiha

Penulis: Durrah Fatiha
Penerbit: Alaf 21
Cetakan: Pertama 2007
ISBN: 978-983-124-318-3
Harga: rm 19.90
Helaian: 502 m/s

' Aku tanpamu umpama pantai tiada berombak... Kau tanpaku seperti langit tiada awannya '
Bacaan KU

SURATAN KASIH (SK) membawa kepada kita isu perhubungan antara seorang lelaki dengan wanita yang lebih berusia selain kisah pengorbanan ibu saudara terhadap anak-anak saudaranya yang yatim piatu.

Kisah bermula dengan tanggungjawab serta amanah yang dipikul Hanisah bagi menjaga anak-anak saudaranya yang yatim piatu. Selain itu, iktibar daripada pengalaman kakak kandung sendiri turut menjadi penambah perisa kepada kelewatan kisah cinta Hanisah.

Hanisah telah diamanahkan untuk menjaga anak-nak sudaranya seramai 3 orang selepas kakaknya meninggal dunia. Abang iparnya, Fauzan telah berkahwin lain dengan Salwa gadis pilihan ibnya dan telah menceraikan isteri pertamanya iaitu kakak Hanisah. Selepas beberapa tahun, Fauzan disahkan menghidap barah paru-paru. Sebelum meninggal dunia, Fauzan sempat membuat wasiat terhadap harta-hartanya untuk ketiga-tiga anaknya dengan menjadikan Hanisah sebagai pemegang amanah.

Hal ini telah menyebabkan Salwa dan ibu Fauzan tidak berpuas hati dan sering meganggu dan menyerang Hanisah dan anak-anaknya di rumah dan juga di pejabat. Disebabkan itu, Hanisah membuat keputusan untuk berpindah dan merahsiakan identitinya sebagai seorang ahli korporat wanita yang berjaya. Di tempat baru, dia lebih rela dikenali sebagai seorang janda yang mempunyai 3 orang anak.

Di kawasan perumahan baru ini, Hanisah berjiran dengan Hazman yang tinggal bersama dengan ibunya yang lebih dikenali sebagai Mak Cik Jah. Sikap ambil berat antara jiran telah mengeratkan hubungan antara Hanisah dan Hazman. Hazmn sering dikerah oleh ibunya untuk membantu Hanisah dan anak-anaknya. Lama-kelamaan Hazman tertarik hati dengan peribadi Hanisah yang lemah lembut dan rapat dengan ibunya. Hazman telah meluahkan perasaannya kepada Hanisah. Pada awalnya, Hanisah menolak salam cinta Hazman disebabkan dia lebih berusia daripada Hazman dan mempunyai 3 orang anak. Namun bersetuju akhirnya setelah dipujuk oleh Hazman.

Pada masa yang sama, Fauzi adik kepada Fauzan juga menaruh hati kepada Hanisah. Tetapi Fauzi tidak mencintai Hanisah sepenuh hatinya tapi lebih mencintai kemewahan dan kedudukan Hanisah. Fauzi mendekati anak-anak saudara Hanisah yang juga merupakan anak-anak saudaranya untuk menawan hati Hanisah. Fauzi sering menggunakan hal-hal kebajikan anak-anak saudaranya untuk mengajak Hanisah berkahwin dengannya.

Perhubungan cinta antara Hazman dan Hanisah mendapat tentangan hebat Mak Cik Jah apabila dia mengetahuinya. Mak Cik Jah melancarkan mogok dengan membawa diri ke rumah anak perempuannya selagi Hazman tidak memutuskan hubungannya dengan Hanisah. Akhirnya, Hazman akur dengan kehendak ibunya kerana dia seorang anak yang taat dengan ibunya.

Selain itu, hubungan antara Hazman dan Hanisah juga mendapat tentangan daripada Famila, salah seorang anak saudara Hanisah yang mengkehendakkan Hanisah bersama dengan Fauzi. Perhubungan Hazman dan Hanisah menjadi semakin meruncing apabila Hazman mengetahui siapa sebenar Hanisah.

Dapatkah Hazman dan Hanisah bersatu akhirnya? Bagaimana dengan Fauzi? Berjayakah dia mencapai cita-citaya mengahwini Hanisah dan seterusnya merampas harta yang telah diwasiatkan kepada anak-anak Fauzan?


Rasa KU

SURATAN KASIH (SK) merupakan novel kedua hasil karya Durrah Fatiha (DF). Tapi ini adalah novel ke tiga DF yang AA baca selepas SETEGUH CINTA dan KAU SELALU ADA.

Seperti novel terdahulu, DF masih lagi mengekalkan tema kekeluargaan. Tapi bagi SK, DF lebih mengkhususkan kepada kisah perhubungan antara lelaki dan wanita yang lebih berumur dengannya. Satu tema yang lazim,tapi tidak banyak dikupas oleh penulis. Sebenarnya, isu sebegini sering terjadi dikalangan kita walaupun ramai yang tidak menyedarinya. Ada yang memandang negatif, namun ramai yang menerimanya secara positif. Taniah buat DF kerana dapat mengolah isu ini dengan baik sekali hingga terkesan dihati.

Jalan cerita dioalah dengan baik. Gaya penceritaan yang sederhana, tidak terlalu cepat dan tidak juga lambat membuatkan kita tidak jemu mengikuti kisah Hanisah dan anak-anak sudaranya dari awal hingga akhir. Situasi suspen yang diwujudkan penulis berjaya membuatkan AA tidak sabar untuk baca ayat yang seterusnya. Isu yang disampaikan penulis tidak terbabas dari landasannya bermula diawal penceritaan hinggalah ke akhirnya. Konflik yang berlaku adalah realiti dan tidak nampak seperti tidak logik.

Cuma... hehe... dalam SK ni banyak hubungan yang kebetulan antara watak-wataknya. Sama ada dijelaskan secara terangan atau sembunyi. Contohnya... Farah adalah bekas kekasih Hazman... Farah juga merupakan isteri muda kepad Datuk Malik iaitu ayah kepada Kamil. Kamil pula merupakan kawan kepada Famila iaitu salah seorang anak saudara Hanisah. Bila ditelek-telek hubungan antara watak-watak dalam SK ni... semuanya berkait antara satu sama lain... apa-ape je... :)


Suka KU

Terdapat beberapa info mengenai pokok herba yang diperolehi dalam novel ni seperti pokok sambung nyawa, kemoyang, dan cemumar.
m/s 29-31

...jangan cepat percayakan orang disekeliling kita. Kita tidak tahu niat orang yang berbuat baik dengan kita. Cuma, berhati-hatilah"
m/s 160


~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~



Sinopsis Kulit Buku
Nurul Hanisah dalam dilema antara perasaan cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sbg ibu kepada anak-anak Fauzan. Belahan hati dan kasih menjadi episod lara dlm penentuan kebahagiaan hidupnya. Namun, benarkah cinta itu tidak mengenal usia?

"Hanya awak di hati saya, tak ada orang lain. Tapi tak bermakna kita perlu hidup bersama"

Hazman terlalu mendambakan cinta suci daripada wanita itu. Memujanya dgn penuh keikhlasan walaupun jarak usia sering menjadi perbalahan insan terdekat. Dia tidak mungkin akan membiarkan wanita itu terus menanti. Tidak cukup terzahirkah ketulusan hatinya?

"Kalau awak ada perasaan terhadap saya, bermakna perasaan itu adalah naluri berkasih sayang antara seorg lelaki dan wanita. Tak salah, hani."

Famila mengharapkan kebahagiaan mamanya. Namun baginya Hazman bukanlah lelaki yang sesuai hadir dlm hidup mereka. Dia buntu... perlukah dia beralah demi kebahagiaan seorg wanita yg selama ini mencurah sepenuh kasih syg kpdnya?


Sinopsis di website Alaf 21
Novel yang mengisahkan lelaki muda menyukai janda yang sudah mempunyai anak ini pasti mencuit hati anda bila membacanya. Nurul Hanisah dalam dilema antara perasaan cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Belahan hati dan kasih menjadi episod lara dalam penentuan kebahagiaan hidupnya.

Namun, anak-anak Nurul Hanisah pula tidak mengharapkan lelaki lain dalam hidup mama mereka, terutama lelaki yang muda. Familia adalah penentang dalam hubungan mereka. Namun, perlukah dia beralah demi kebahagiaan seorang wanita yang selama ini mencurah sepenuh kasih sayang kepadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...