Review: Hanya Kau Kusayangi ~ Cahaya Izzati


Penulis: Cahaya Izzati
Penerbit: Buku Prima
Cetakan: Pertama 2010
ISBN: 978-967-5489-86-0
Harga: rm 19.90
Helaian: 544 m/s


' Hadirlah Kasih dipandanganku agar terusir rindu yang bermukim di hati ini '
Bacaan KU

HANYA KAU KUSAYANGI (HKK) membawa kita menelusuri ketabahan seorang gadis yatim piatu dalam meneruskan hidup disamping membesarkan anak saudaranya sendirian.

Watak utamanya, ANIS MADIHA, seorang gadis cantik berperwatakan lemah lembut yang mampu memikat hati sesiapa sahaja yang bertemu dengannya. Dia turut memiliki kerjaya yang stabil sebagai landscape designer pada usia muda seawal 24 tahun. Bagaimanapun, semua lelaki yang cuba mendekatinya akan mula menjauhkan diri apabila mengetahui bahawa dia memiliki seorang anak lelaki berusia 6 tahun iaitu Aiman.

Heronya, TENGKU AIDIL EZZARY, abang kepada TENGKU AIRIL REDZUAN dan adik kepada TENGKU AMIR HUSAINI. Perkenalan antara hero dan heroin dalam HKK ni bermula apabila Anis menghadiri kenduri kesyukuran di rumah Airil yang merupakan adik angkatnya semasa belajar di Universiti. Aidil merupakan seorang lelaki yang workaholic dan tidak sempat untuk memikirkan soal cinta hingga sering diusik teman-temannya dengan kata-kata 'others man marry to a woman but him marry to his jobs. Alih-alih Aidil tertangkap cinta pandang pertama dengan Anis. Pada masa yang sama TENGKU ALYA NADIA, sepupu Aidil juga mencintainya tetapi cintanya tidak berbalas.

Setiap hari, Aidil berusaha untuk menagih cinta Anis tetapi tidak berbalas kerana Anis lebih mementingkan kebahagiaan Aiman. Anis menginginkan seorang lelaki yang bukan sahaja menyayangi dirinya tetapi juga mengasihi anaknya sebagaimana dirinya.

Pertemuan demi pertemuan antara Anis dan Aidil yang juga disertai Aiman telah menyebabkan anak itu memanggil Aidil dengan gelaran papa. Segala usaha yang dilakukan Aidil berbaloi apabila Anis mula menerima kehadiran Aidil dalam hidupnya. Alya pula berusaha sedaya upaya untuk memisahkan Aidil dan Anis. Pelbagai cara telah dilakukan, antaranya dia sanggup mengupah orang untuk memfitnah Anis dan Airil bersekedudukan di sebuah hotel dan hal ini telah disaksikan sendiri oleh Aidil dan Husaini.

Akibat daripada peristiwa itu, Aidil telah membawa diri tanpa kabar berita walaupun Airil dan Anis cuba menerangkan duduk letak perkara sebenarnya. Majlis perkahwinan yang dirancang hampir tergugat disebabkan perkara ini. Husaini telah mengupah penyisat persendirian bagi membuktikan Airil dan Anis tidak bersalah dan ianya telah dirancang oleh seseorang. Selepas semua kebenaran terbukti, Aidil dan Anis berbaik dan perkahwinan mereka diteruskan mengikut perancangan asal.

Selepas apa yang dirancang Alya untuk memisahkan Aidil dan Anis menemui kegagalan, Alya nekad untuk menculik Aiman yang merupakan kelemahan terbesar Anis sebagai jalan terakhir dalam usahanya untuk memisahkan Aidil dan Anis. Akhirnya, Aiman dapat diselamatkan oleh Aidil dan Alya pula mendapat pembalasan yang setimpal dengan kejahatan yang dilakukan.

Happy ending...


Rasa KU

Beberapa isu yang cuba diketengahkan Cahaya Izzati (CI) dalam HKK adalah berkaitan dengan eratnya ikatan kekeluargan yang terjalin, ketulusan hati dalam menyayangi seseorang serta dendam kesumat yang tiada penghujung hanya akan membawa padah kepada diri sendiri.

Keseluruhannya, HKK mempunyai jalan cerita yang menarik. HKK membawa kita menghayatai kisah ketabahan Anis bermula dari awal, puncak hingga akhir cerita. Penceritaan yang sederhana serta diselitkan dengan konflik yang tidak begitu berat, menjadikan novel ini sesuai dijadikan bahan bacaan ringan di waktu lapang.

Selain itu, terdapat beberapa babak yang menarik yang boleh dibaca berulang-ulang kali tanpa jemu. Antaranya, babak sewaktu Anis melamar Aidil... sweet sangat... ape-ape aje... :)


Suka KU

Petikan ayat dalam HKK yang menarik perhatian ku:

Cinta harus diluahkan dangan kata-kata. Jika dipendam takkan ke mana cinta itu. Katakanlah dengan perkataan yang dapat dia fahami. Bisikkan rindu cinta itu ke hatinya. Buktikan keluhuran cinta itu. Mungkin dia dapat fahami cinta yang cuba disampaikan itu.
m/s 72

... Anis Madiha melihat bintang-bintang yang berkelipan di angkas... sangat cantik cahayanya. Walaupun suram, namun cahaya itu dihasilknnya sendiri. Tidak seperti bulan. Walaupun bulan ketika mengambng begitu cantik, tapi cahaya dari bulan itu bukanlah cahyanya sendiri. Sejadar dipinjam dari matahari.

Andai dia boleh memilih untuk menjadi matahari, bulan atau bintang. Dia pasti akan memilih bintang. Kalau menjadi matahari, takut nanti bahangnya akan membakar mereka yang memujanya. Kalau bulan pula, dia hanya dipuja ketika purnama mangambang sahaja. Dia tidak perlukan orang untuk merinduinya kerana dia tahu betapa peritnya merindui seseorang. Lebih baik menjadi bintang. Walaupun suram, sekurang-kurangnya ramai teman. Jika bintang itu mati, tidak ramai yang sedar kerana jika satu daripada bintang berjuta itu hilang cahayanya. Hanya mereka yang benar-benar menyedari kehadirannya saja akan perasan.
m/s 215-216

Kepercayaan itu adalah benda paling penting dalam hidup kita.Kepercayaan menjadikan kita siapa dalam dunia ini.
Percaya bahawa Allah SWT adalah Tuhan semesta alam menjadikan kita seorang muslim.
Percaya kepada setiap suruhan-Nya dan al-Quran menjadikan kita seorang yang alim.
Percaya kepada seseorang yang diciptakan menjadikan hubungan yang terjalin akan kekal berpanjangan.
m/s 243


~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~


Sinopsis Kulit Buku
Anis Madiha merupakan seorang pereka laman yang baru berusia 24 tahun. Tapi dia telah pun mempunyai seorang anak lelaki, Aiman yang berusia 6 tahun. Selama dia membesarkan Aiman, dia tak pernah mempedulikan kebahagiaan dirinya. Segala-gala yang dilakukan adalah untuk kepentingan Aiman. Namun, anak yang kian membesar itu memerlukan bimbingan dan kasih sayang seorang lelaki yang boleh dipanggil ayah. Kehadiran Tengku Aidil Ezzary memberi harapan kepada anak kecil itu. Dianggapnya lelaki itu sebagai ayah walaupun Anis Madiha tak mampu menerima kehadiran lelaki itu. Tengku Aidil Ezzary pula kian sayangkan anak kecil itu seperti dia sayangkan Anis Madiha. Aiman bukan penghalang cintanya. Malah anak kecil itu melengkapkan kebahagiaan dia. Namun, Anis Madiha masih teragak-agak untuk menerimanya. Takut sekiranya lelaki itu hanya bermain kata di bibir sahaja. Takut andainya semua janji yang ditaburkan hanyalah janji kosong. Tapi, satu demi satu dugaan yang mendatang membuatkan pendirian keras Anis Madiha kian goyah. Lelaki itu mula memberi makna buat dirinya dan anaknya.

Dia tega menerima kehadiran lelaki itu. Sedangkan semua dugaan itu bukanlah untuk menyatukan mereka sebaliknya untuk memisahkan mereka. Setelah cinta mulai bersatu, dugaan yang hebat datang menduga lagi. Kini, mampukah Tengku Aidil Ezzary berpegang kepada janjinya untuk tak mengecewakan gadis itu? Dan setiakah Anis Madiha mengubat rindu di hati bila lelaki itu pergi buat seketika? Hanya masa dan kekuatan cinta mereka sahaja yang mampu menjawab segala persoalan itu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...