Carian

Memuatkan ...

Oh Novel : Dandelion Ditiup Angin ~ Aidah Bakri


Salam semua...
AA sebenarnya tercari-cari buku terbaru untuk Feb 2013. Masa masuk laman web Jemari Seni, AA tertarik dengan sebuah novel yang bertajuk Dandelion Ditiup Angin... untuk lebih tepat lagi AA tertarik dengan perkataan Dandelion. Kenapa? Masa kecik2 dulu... AA suka petik bunga dandelion ni... terutamanya yang dah tua (betul ke istilah yang AA guna nie... kalau salah tlng betul kan ye..) lepas tu tiup... benih2 dandelion tu pun terbang di bawa angin... ok... back to novel...

Penulis: Aidah Bakri
ISBN: 978-967-0508-08-5
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 30 Jan. 2013

 Jiwa yang tenang dan hati yang reda
adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia



 Novel Dandelion Ditiup Angin karya Aidah Bakri ni boleh order online dekat www.jemariseni.com bermula hari ini 30 Jan 2013. Tapi rasanya, AA nak dapatkan terus masa pesta buku 1Malaysia nanti. Masa baca bab awal... rasa memang nak dapatkan buku ni... nak tahu kisah seterusnya... walaupun awal2 babnya dah sedih... sok,sek... tu baru baca sampai page 56, blom lagi ratus2 pages... hua... kena sediakan tisu banyak2 ni sblom baca... apa-apa pun kene tunggu kemunculan bukunye dulu... baru boleh story mory panjang2... huhu

Kalau nak baca bab awal Dandelion Ditiup Angin boleh la ke sini  http://www.jemariseni.com/images/stories/book/DandelionHD_web1-4.pdf 


~ NovelLikeAMisteryBox ~
~ afinarif ~


Ini pula... sinopsi Dandelion Ditiup Angin dari Jemari Seni...

Dini kembali ke Malaysia setelah yakin dia cukup kuat untuk menghadapi segalanya. Namun, segala apa yang direncanakannya tidak menjadi. Baru sebulan dia kembali, dia sudah bertemu sejarah silamnya, Rifqi.

Rifqi sudah lelah mencari. Dia tahu kerana egonyalah insan di sisinya menderita. Kini, apa yang dia ada hanya dandelion di pinggir laman. Ibarat angin yang tidak jemu memanggil dandelion kembali, dia akhirnya bertemu semula dengan Dininya. Mereka tidak akan terpisah lagi! Itu janji Rifqi.

Bertemunya mereka, mencarik semula luka di hati Dini. Mengapa mesti mereka bertemu lagi? Hatinya tidak cukup kuat untuk melangkah kembali ke daerah itu. Cukuplah sekali. Kini dia sudah cukup sedar diri.

Namun ada hati yang perlu dijaga. Dini tidak mampu menghampakan hati itu lagi. Benarkah dengan menyenangkan hati orang, hati kita juga akan tenang?

***
AIDAH BAKRI, guru Sains ini mengusik hati pembaca dalam Dandelion Ditiup Angin dengan bahasa yang indah dan menyentuh hati. Beliau percaya cinta itu akan tetap hadir jika lafaz itu memang dijanjikan untuk mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...