Review: Kau Selalu Ada ~ Durrah Fatiha

Penulis : Durrah Fatiha
Penerbit: Alaf 21
Cetakan: 1-2010
ISBN: 978-983-124-537-8
Harga: rm18.00
Helaian: 479m/s
Tarikh Terbit: 30 Mac 2010



' Indahmu persis kerlipan bintang melatari pekat malam…'

Bacaan KU
KAU SELALU ADA (KSA) membawa kita menelusuri kisah persahabatan antara Malihah, Syahindah, dan Nurnisa yang telah terjalin sejak dibangku sekolah lagi. Pelbagai onak liku dan cabaran ditempuhi bersama-sama.

Perkenalan antara Malihah, Syahindah dan Nurnisa bermula seejak dibangku sekolah menengah dimana mereka bersekolah asrama yang sama. Persahabatan mereka menjadi lebih erat apabila mereka sering berkunjung ke rumah masing-masing terutama ke rumah Malihah yang terletak di Kelana Jaya. Tambahan pula di situ terdapat Abang Qayyim, abang kandung Malihah yang suka melayan kerenah gila-gila mereka.

Walaupun masing-masing melanjutkan pelaran di IPTA yang berlainan namun mereka sering berkumpul bersama-sama setiap kali cuti sem. Setelah menamatkan pengajian, Abang Qayyim telah menawarkan mereka kerja di syarikatnya, Multi Resource. Pada mulanya mereka menolak pelawaan Abang Qayyim namun menerima akhirnya atas desakan Malihah.

Tujuan asal mereka adalah untuk mengitip Abang Qayyim dan Kak Syiqin, gadis yang diperkenalkan oleh Abang Qayyim sebagai teman wanitanya. Lalu terlaksanalah satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan dengan sikap manja Syiqin. Selain itu mereka juga tidak berkenan dengan sikap Syiqin yang suka memandang rendah terhadap orang lain lantaran dia adalah anak kepada orang kaya. Lantas, Indah dan Nisa telah dipaksa oleh Lia untuk mengalihkan perhatian Abang Qayyim daripada Kak Syiqin.

Pelbagai rancangan diatur mereka untuk menarik perhatian Abang Qayyim, namun ianya tidaklah semudah seperti yang dirancangkan.Walaupun misi untuk memisahkan hubungan cinta antara Qayyim dan Syiqin berjaya namun perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi tersebut akhirnya meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar telah jatuh cinta kepada Abang Qayyim. Niat awalnya untuk menolong Malihah telah memakan diri sendiri.

Oleh kerana tidak mampu menampung beban perasaan yang ditanggung, Nisa telah meluahkan perasaannya terhadap Abang Qayyim kepada Indah. Indah yang pada masa itu juga mempunyai perasaan yang sama dengan Nisa terhadap Abang Qayyim terpaksa memendamkannya demi menjaga sebuah persahabatan. Indah sering melibatkan dirinya dengan aktiviti kebajikan demi utuk mengelakkan diri daripada sering bertemu dengan Abang Qayyim yang hanya akan merobek-robek hatinya.

Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Namun sukar untuk dia memilih antara dua Indah, si gadis yang memiliki riak tenang dan sering memberikan idea bernas setiap kali diperlukan atau Nisa, si gadis manja yang periang membuatkan dia sering terhibur dengan keletahnya. Qayyim bingung mahu membuat keputusan. Namun akhirnya Qayyim telah memilih Nisa setelah berbincang dengan adiknya Lia. Pilihan ini juga dibuat apabila Indah enggan meluahkan peraasannya walaupun setelah didesak Qayyim beberapa kali. Tindakkan Indah ini adalah demi untuk menjaga hati sahabatnya Nisa.

Sepanjang tempoh pertunangan Nisa dan Qayyim, pelbagai perkara terjadi. Syarikat induk Apex Holdings yang dimiliki oleh ayah Malihah, Haji Ghani menghadapi masalah kewangan yang serius. Hal ini disebabkan oleh angkara isteri muda Haji Ghani, Rozita dan abangnya Mat Rawi yang juga bekerja di syarikat yang sama. Qayyim telah diberikan tanggungjawab oleh ayahnya untuk menyelamatkan syarikat keluarga yang telah diusahakan oleh datuknya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan syarikat daripada kerosakan yang telah dilakukan oleh Rozita dan Mat Rawi termasuklah dengan meminjam wang daripada Datuk Mansur, Papa Syiqin.

Pinjaman yang dibuat bukanlah suka-suka, ada harga yang perlu dibayar Qayyim. Apakah balasan yang diminta Syiqin setalah bantuan kewangan diberikan kepada Qayyim bagi menyelamatkan syarikat keluarganya? Apa pula yang terjadi dengan pertunangan Qayyim dan Nisa? Bersatukah mereka? Bagaimana pula dengan nasib cinta Indah terhadap Abang Qayyim? Kesampaiankah? Semuanya akan terjawab dalam Kau Selalu Ada…

Rasa KU
Dalam kisah kali ini, Durrah Fatihah (DF) membawa pembaca menghargai nilai sebuah persahabatan melalui watak tiga gadis iaitu Malihah, Syahindah dan Nurnisa. Betapa ketiga-tiga mereka saling menyayangi dan sanggup berkorban demi satu sama lain. Susah senang mereka tetap bersama dan saling memberi semangat untuk terus ke hadapan.

Beliau juga membawa pembaca mengintai sedikit liku-liku kehidupan insan-insan yang menjalani hidup bermadu, sama ada terpaksa (Syiqin bermadu dengan Indah apabila Qayyim terpaksa menikahi Indah bagi menyelamatkan maruahnya yang telah diperkosa Bidin) atau atas pilihan sendiri (Hajah Jafni bermadu dengan Rozita). Pahit, manis mahupun masam, mereka harus mengharunginya. Masing-masing dengan perspektif dan pendirian sendiri tentang isu ini.

Selain itu, penulis juga membawa pembaca kesebuah pusat khidmat masyarakat di Ampang. Betapa khidmat kita sentiasa diperlukan setiap masa. Di sini, penulis mengajak pembaca meluangkan sedikit waktu memikirkan tentang insan-insan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar dari kita.

Secara keseluruhan, aku puas hati membaca KSA… jalan cerita yang jelas dan tidak meleret-leret. Di mana apa yang dimulakan atau wujudnya sesuatu peristiwa atau keadaan itu tidaklah secara tiba-tiba. Sebagai contoh, terdapat babak di mana Qayyim menempatkan Indah untuk bekerja di ladangnya yang terletak di Tanjung Karang selepas Syiqin menetapkan syarat bahawa Indah dan Nisa tidak boleh bekerja di Multi Resource jika ingin bantuannya. Qayyim memilik sebuah ladang bukanlah sesuatu yang tiba2 kerana sebelum ini terdapat babak dimana Qayyim berjumpa dengan rakannya Muslih dan Siva kerana ingin mendapatkan pendapat mereka mengenai projek baru yang ingin diceburi Qayyim iaitu penternakkan kambing. Ianya habis setakat itu sahaja tidak meleret, sesuai dengan tujuannya yang sekadar ingin memberitahu pembaca tentang niat Qayyim membuka ladang ternakan.

KSA boleh dikagorikan sebagai 'tak rugi baca'… terdapat pelbagai input menarik yang diperolehi apabila membacanya. Jalan cerita yang jelas dan menarik serta tidak men'comfius'kan, membuatkan kita akan sabar membacanya dari awal hingga akhir bagi mengetahui kesudahannya.



Suka KU
"… kita kena banyakkan berdoa. Tiap solat, mohon kepada-NYA. Ada masa, buat solat hajat juga. Apapun, ALLAHlah tempat kita menyandarkan harapan setelah semua usaha kita telah buat. Itu baru namanya tawakal…"
m/s 114
Nurnisa menghadiahkan sebatang pen yang terdapat kata2 'The pen is mightier than the sword' kepada Qayyim. Manakala Indah pula menghadiahkan jam tangan yang terukir dua perkataan mudah iaitu 'Demi masa…' dibelakang jam tersebut.
m/s182 

"…sebagai insan yang berpegang pada agama, kita tak boleh biarkan hati dikuasai perasaan hingga melalaikan diri dari mengingati ALLAH. Akak teringat satu hadis riwayat al-Bukhari yang maknanya lebih kurang begini… sungguh menakjubkan urusan orang Muslim. Sesungguhnya semua urusan adalah baik. Jika mendapat kelapangan dan dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan bila ditimpa kesempitan dan dia bersabar, itu juga menjadi kebaikan baginya.
ALLAH pun telah berjanji dalam surah Az-Zumar ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
m/s 229
"Kalau ALLAH dah tentukan jalan itu yang akan diuji oleh-NYA, kita tak ada pilihan…"
m/s 308

'Tiada TUHAN selain ENGKAU, Maha Suci ENGKAU, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.' Doa Nabi Yunus
m/s 356

"Jangan selalu buat uji kaji, nanti hidup tak terperi… siapa yang rugi?"
m/s 461


~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~




Sinopsis Kulit Buku
MALIHAH, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim.

Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim.

Ternyata misi mereka tidak semudah yang dirancang. Perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!

Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan. Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...