Review: Gelora ~ Ma Lee Chuswan



Penulis: Ma Lee Chuswan
Penerbit: Kaki Novel
Cetakan: Pertama - Julai 2011
ISBN: 978-967-5067-82-2
Harga: rm 17
Helaian: 338 m/s



'Dia dilahirkan buta untuk menilai sebuah kejujuran'

Bacaan KU
GELORA merupakan novel yang diterbitkan semula dengan penambahbaikkan daripada novel asal dengan tajuk yang sama 'GELORA'.

Gelora mengisahkan kehidupan seorang gadis yang hilang kemanisan hidup selama bertahun-tahun akibat daripada jiwa yang penuh dengan rasa curiga serta dendam kesumat.

Akibat fitnah, salah faham dan rasa curiga yang mengatasi segala-galanya, dia jadi buta hati. Dia tidak menyedari betapa persaan cintanya terhadap Adam adalah sedalam lautan.

Pendedahan Zurima yang menjadi dalang dalam mempermainkan perasaan Mila dan Adam telah mengubah pendirian Mila dalam sekelip mata. Zurina sengaja melaga-lagakan mereka. Mila dan Adam betul-betul teraniaya.

Kesangsian telah merosakan kesucian jiwanya dan dia hampir kehilangan segala-gala yang bermakna di dalam hidupnya. Mila menyesal! Amat menyesal kerana sikap buruk selama ini terhadap Adam. Dia tersalah faham dan bencinya pulak tidak bertempat. Dia terpedaya oleh hasad dengki Zurina. Sehingga Adam nekad untuk pergi jauh dari hidupnya dan Firma Perkasa. Adam pergi membawa hatinya yang luka.


Rasa KU

Permulaan Gelora agak slow. Perkenalan kepada watak utama Mila Nur Adam yang amat membenci Adam, abang angkatnya yang dirasakannya suka mengongkong pergerakkannya dan juga berniat untuk membolot harta peninggalan ayahnya.

Pergerakan cerita semakin rancak bermula apabila Mila menjelaskan kepada Adam bahawa bukan di ayang mengirimkan surat2 cinta dan gambarnya kepada Adam.

Peristiwa selepas perkahwinan Adam dan Mila agak meruntun jiwa. Apabila Mila terpaksa melayan kerenah wanita2 yang meminati Adam. Dia bukan sahaja diserang dari segi mental tetapi juga fizikal. Sehingga ia mengukuhkan lagi salah faham Mila terhadap Adam.

Adam pun satu... melayan je kerenah pompuan2 tu. Walaupun Adam pernah ditegur Suzie, setiausaha Adam merangkap kawan baik Mila supaya menjaga pergaulannya dengan wanita2 yang meminatinya... tapi dia buat dek je... Part ni geram btol kat Adam. Patutnya Adam cuba menawan hati Mila. Cuba ambil tahu perkara apa yang dibencikan sangat Mila terhadap dirinya dan cuba untuk memperbaikinya. Ini tak... tindakan Adam semuanya hanya menambahkan lagi benci Mila terhadapnya.

Lagi satu... Adam ingat dia sorg je yg tau cemburu... apa dia ingat... Mila tak de perasaan ke bila dia berkepit dengan perempuan lain... pastu siap banding-bandingkan Mila dengan perempuan tu. Kalau AA... AA pun geram gak... AA tau la kekurangan diri... tapi jangan banding2kan... terang-terangan plak tu... tambahan Adam tu husband Mila... lagi la mendidih je rasa... ggrrr... apa-apa aje... :)


p/s: Congrat MLC... sbb berjaya buat AA geram ngan watak Adam....bergelora grrr... :)



~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~


Sinopsis Kulit Buku
Mila menyesal. Tetapi segalanya telah terlambat. Lalaki itu sedar siapa dirinya... pastinya dia pergi membawa hati yang luka. Dan luka itu sudah terlalu parah, sukar disembuhkan lagi. Atau mungkin tdk akan sembuh utk selamanya. Kini tahulah Mila siapa sebenarnya lelaki itu. Lelaki yang dibencinya selama ini. Terlalu lama dia mendendami lelaki itu. Dan lelaki itu pernah menunjukkan kebencian... itulah satu-satunya lelaki yang menyintainya di dunia ini, tetapi dia tidak pernah menghargainya. Lelaki itu telah pergi jauh... dia mahu mengejar lelaki itu tetapi nasi sdh mejadi bubur. Tak mungkin lelaki itu kembali lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...