Penulis: Izza Aripin
Penerbit: Kaki Novel
Cetakan: Kedua – Januari 2008
ISBN: 978-983-42552-7-5
Harga: rm 18
Helaian: 481 m/s
Cinta itu anugerah-Nya...
Jangan ada benci antara kita...
Baca KU
KERANA DIA CINTA (KDC) merupakan novel kedua IZZA ARIPIN (IA) dengan Kaki Novel selepas ...Dan Mimpi Pun Bersatu. KDC mengisahkan tentang seorang gadis kota yang cuba mencari nilai cinta dalam kehidupan masa kini.
Nurjia Amani dipaksa untuk bernikah dengan Rayyan Al-Haimi sebaik sahaja dia tamat pengajiannya di luar negara. Pernikahannya bukanlah atas dasar penyatuan dua hati tetapi lebih kepada penyatuan dua buah syarikat koporat yang sudah kaya supaya menjadi lebih kaya.
Namun, kekayaan bukanlah dambaan hatinya... tetapi sebuah cinta sejati. Cinta yang tidak dapat dibeli malahan untuk ditiru sekalipun. Ryan tidak mampu menghadirkan cinta dambaan Gia kerana getaran cinta Ryan tidak selari dengan Gia. Ryan lebih menyukai duit dan kerja siang malam. Gia pula, memadai dengan kekayaan sedia ada, tidak perlu untuk menjadi hamba kerja.
Lantaran itu, ikatan yang terjalin sering kali goyah. Ditambah lagi dengan kehadiran orang ketiga yang memang menunggu peluang dan ruang. Mampukah Gia memperolehi cinta yang didambakannya? Bagaimana pula dengan Ryan... sudah ketemukah dia dengan cinta?
Rasa KU
KDC bukan sekadar novel cinta biasa. Bagi AA, KDC seperti sebuah kamus cinta. Ini kerana AA rasakan seolah IA cuba menyampaikan pelbagai makna cinta dalam satu kisah seperti sebuah kamus yang menerangkan takrif perkataan cinta.
Ada yang bahagia tanpa cinta... tetapi ada juga yang merana tanpa cinta seperti yang diharapkan. Tetapi sebenarnya apa itu cinta? Gabungan lima huruf yang mempunyai pelbagai tafsiran... bergantung kepada sang pecinta dan yang dicinta. Tafsiran yang mungkin sahaja berubah selari dengan peredaran masa yang mematangkan usia.
Pelbagai makna cinta yang ingin disampai IA digambarkan melalui watak-watak KDC.
Nurjia Amani – dia sudah ada segala-galanya kecuali cinta. Dia mencari cinta sejati. Cinta dengan orang yang dia kenal dan cinta dengan orang dia selesa bersama. Cinta yang didambakan Gia digambarkan melalui lagu kumpulan Dewa.
‘Setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak lebih kencang dari genderang mahu perang. Setiap ada kamu mengapa darahku mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala. Setiap ada kamu otak ku berfikir bagaimana caranya untuk berdua dengan kamu.’
Rayyan Al-Haimi – dia tak faham maksud cinta sebenar kerana kehidupan sehariannya adalah untuk mengejar cita-citanya menjadi seperti Dornald Trumph. Baginya, cinta tak perlu selagi ada dua perkara utama iaitu duit dan seks. Demi memastikan citanya tercapai, Ryan sanggup meniru cinta seperti cinta yang Gia inginkan. Kata Gia, cinta Ryan adalah cinta yang berlandaskan nafsu.
Dena – bagi Dena pula, cinta tanpa harta tidak bahagia... cinta tanpa rupa tidak ada makna... cinta kepada lelaki berkarisma, cerah masa depan. Dia jadi taksub dengan cinta Ryan sehingga sanggup melakukan apa cara sekalipun untuk meraih cinta yang didambakan.
Rezman – baginya cinta dan nafsu adalah sama. Tiap2 hari boleh jatuh cinta tapi dengan orang yang berlainan.
Encik Aiman/Puan Melia – bagi mereka cinta kepada harta dan keduniaan adalah segalanya. Hingga sanggup membuang darah daging sendiri kerana menderhaka terhadap tuntutan keduniaan mereka.
Namun cinta Ilahi itu adalah cinta yang sebenar-benarnya cinta... Walau apapun cinta didefinasikan... cinta tetap cinta... KERANA DIA CINTA
Selain itu, elemen suspen atau kejutan yang diselitkan dalam KDC ni memang menjadi. Kemunculan watak Zeek dan Jiha bersama kisah yang dibawa mereka ketika cerita hampir ke penghujungnya memang mengejutkan dan tak sangka. Kehadiran Zeek menjauhkan Gia dari Ryan hingga tidak mampu digapai Ryan... Namun hadirnya Jiha membawa sinar dalam hidup Ryan serta menjadi bukti bahawa Gia dan Ryan pernah bersama satu masa dulu.
Suka KU
“ ... Marriage is a business. There are the co-partners, check and balance, profit and loss. Then, there will be assets and liabilities. Contohnya anak-anak.” m/s 22
“ ...Cinta bukan jawapan bagi segala-galanya, Amani. Sebenarnya, kejujuran dan keikhlasan yang memberikan kebahagiaan. Cinta hanya seperti pelangi yang datang seketika untuk memberikan seri. Selebihnya ketaatan dan ketulusan kamu menerima dia sebagai suami. Sayangilah dia dahulu sehingga dia menyayangi kamu, Amani.” m/s 256
~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~
Sinopsis Kulit Buku
Dlm perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dgn Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. Ketiadaan cinta menyebabkan rumahtangga yg dibina retak menanti belah. Hadirnya Dena menggoncang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat oleh Dena utk mengejar cintanya. Terhimpit dgn beban perasaan yg semakin sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar menyedarkan dirinya bahawa keredhaan suami adalah kebahagiaan seorang isteri. Gia pulang dgn hasrat mahu mengubah benci menjadi cinta.
Tetapi, semuanya sudah terlambat. Gia membawa hati yg lara ke perantauan bersama dendam. Masa yg berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sbg Amani yg sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. Hatinya yg masih luka diketuk oleh cinta Zeek yg hadir tanpa diduga. Dlm dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf.
Siapakah di hati Amani? adakah dia menerima cnta Zeek dgn redha? Atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam? Kerana Dia Cinta... membawa Gia menyusuri jalan kehidupan yang tidak lekang daripada onak dan duri.
Kerana Dia Cinta... kerana Ryan, Gia terpaksa berkorban, Dena rela bermusuhan, Rezman percaya pada cinta.
Kerana dia Cinta... kerana Gia, Ryan belajar mengenali cinta, Fahrein berjaya mencapai cita-citanya, Zeek menemui cinta sejatinya.
Kerana Dia Cinta... kerana Allah, Nurjia Amani menemui cinta abadi.