Penulis: Izza Aripin
Penerbit: Alaf 21
Cetakan: 1-2013
ISBN: 978-983-124-830-0
Harga: rm 19.90
Helaian: 488 m/s
‘ Tiada orang lain mencintaimu seperti aku mencintaimu ‘
Baca KU
TOLONG PIKAT HATINYA (TPH) merupakan kesinambungan watak Ryan dalam novel Kerana Dia Cinta yang diterbitkan oleh Kaki Novel pada tahun 2007. Dalam TPH ini IZZA ARIPIN (IA) meneruskan pengembaraan Ryan dalam mencari cintanya.
Ryan tidak mampu menerima kehadiran gadis lain dalam hidupnya kerana masih lagi mengharapkan cinta Nurjia. Perkenalan antara Zara dan Ryan bermula apabila Zara tersalah sangka bahawa Ryan adalah pekerja bawahannya. Dengan selambanya dia mengarahkan Ryan membuat kerja itu ini. Pada hal Ryan adalah majikannya.
Keselambaan Zara menyebabkan Ryan senang berkawan dengannya. Hubungan persahabatan mereka semakin rapat dan mereka berjanji utuk menjadi ‘kawan tapi mesra’. Tambahan pula, Rezman sahabat baik Ryan menyukai Zara walaupun dia telah berkahwin dengan Dena.
Dalam keselambaan Zara, ada sejarah hitam yang disimpannya dari pengetahuan sesiapa. Dan disebabkan sejarah itu Zara hidup seperti pelarian dan sering dalam kebimbangan.
Perhubungan yang semakin erat antara Ryan dan Zara menerbitkan rasa cinta yang telah lama dinanti tanpa mereka sedari. Namun, keadaan Zara pada masa itu yang masih lagi hak orang lain menyebabkan Ryan kecewa sekali lagi. Lalu bagaimana caranya harus Ryan lakukan bagi merebut kembali cinta kali keduanya? Apakah rahsia yang disorok Zara selama ini sehingga dia takut untuk menyambut cinta Ryan?

Rasa KU
Kehadiran TPH memang dinanti-nantikan... disebabkan oleh perenggan terakhir dalam KDC ‘Ryan tidak tahu kamar hatinya bakal diketuk tidak lama lagi. Tetapi, itu kisah lain pula’. Ingatkan Kaki Novel juga yang akan terbitkan kesinambungan kisah Ryan ni... macam novel Kasih Pun Bersatu dan ...Dan Mimpu Pun Bersatu... alih2 Alaf21 yang terbitkan.
Tema utama TPH masih lagi cinta. Selain itu, diselitkan juga dengan tema keinsafan dan unsur2 suspen. TPH turut mengupas mengenai kekhilafan manusia dalam menjalani kehidupan.
Unsur suspen yang diselitkan dalam TPH biasa2 je... tidak terlalu mendebarkan. Walaupun begitu, jalan ceritanya masih lagi menarik... ternanti-nanti rahsia apa yang dsorokkan Zara selama ini.
Walaupun TPH adalah kesinambungan kisah Ryan dari novel KDC tetapi watak2 dalam novel IA yang lain turut diselitkan... seperti watak Zaihan dan Zanida dalam Srikandi vs Arjuna. Habis je baca TPH... dalam kepala... rest kejap... lepas tu nak baca balik KDC... dapat selak KDC sikit2 pun tak pe... ngee...
Dalam TPH ni AA diperkenalkan dengan perkataan ETA yang terdapat dalam beberapa dialog dalam novel ni seperti... “ETA 15 minutes” (m/s 138) dan ... “ETA few seconds” (m/s 384). AA pun tnya la abang GOOGLE... apo kebendo ETA tu abang GOOGLE?... rupanya... akronim untuk Estimate Time of Ariving... baru hari ni AA tau... hehe
Bila baca balik bila dah tau maksud ETA tu... rasa mcm kelakar plak... ye la.. biasanya orang letak... about or around... kalau susah sangat ckp je “15 minutes”... bila letak ETA... rasa mcm sngat teknikal... skema pun ye jugak... haha... ape2 je la...
p/s: mcm nak try cakap ETA la plak lepas ni... “OTW, ETA 5 minutes” ... hoho, gila skema...
Suka KU
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba,Jangan sesekali menyerah jika kamu masih sanggup,
Jangan sesekali mengatakan benci selagi kamu masih tidak dapat melupakannya.
“... bila ada orang sudi nak berikan cinta, sambutlah sebaik-baiknya sbb kita tdk tahu bila cinta sbnr akan muncul. Tahu2 saja kita sdh jatuh cinta pd org yang kita tak fikir suatu hari nanti akan menjadi pasangan hidup kita” (m/s 84)
Ada juga dijelaskan secara kasar mengenai Basic self-defence serta bahagian tubuh badan yang boleh mendatangkan kesakitan jika dikenakan tekanan kuat seperti mata, leher, hidung dan lutut. (m/s 450 – 452)
~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~
~ afinarif ~
Sinopsis Kulit Buku
ZARA dan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara pula hidup dalam kebimbangan kerana malarikan diri daripada ‘hantu’ silamnya. Mereka berjanji menjadi ‘teman tapi mesra’, tetapi tak siapa sangka, panahan cinta sudah mengena tepat di hati mereka.
Namun, cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana gadis itu hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini?
“Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu.” – Zara