Carian

Memuatkan ...

Review: Nah, Untuk Awak! ~ Nirrosette



Penulis: Nirrosette 
Penerbit: Jemari Seni 
Cetakan: Pertama Mei 2012 
ISBN: 978-967-5118-86-9 
Harga: rm 20 
Helaian: 474 m/s

‘Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru... 


Baca KU
NAH, UNTUK AWAK! Merupakan karya kedua NIRROSETTE yang diterbitkan oleh Jemari Seni. NUA! membawa kita kepada kisah Nur Najiha yang menganggap hidup itu mudah. Mempunyai babah yang menyayangi, kekasih hati yang sempurna dimatanya dan rakan-rakan yang setia sudah cukup padanya.

Namun, panas tidaklah sampai ke petang. Bahagia yang dirasai Jiha diragut oleh kekasih hati yang berpaling arah kepada sahabat baik Najiha sendiri. Pelbagai cara dicuba Najiha untuk memaafkan serta melupakan perbuatan Ilham dan Dian terhadapnya namun tidak berhasil. Akhirnya Jiha membawa diri ke Korea untuk bercuti selama 10 hari atas desakan babahnya.

Di sana, ketenangan Jiha sering diganggu gugat dengan kehadiran Eid. Sebenarnya, Eid hanyalah menjalankan amanah yang telah diberi babah Jiha supaya menjaganya sepanjang tempoh di Korea. Ayat-ayat sarkastik dan tidak berperasaan Eid telah berjaya membuatkan Jiha mula melupakan Ilham sedikit demi sedikit.

Ketenangan yang mula dikecapi Jiha diuji lagi dengan pemergian babah Jiha secara tiba-tiba akibat serangan jantung. Najiha kesunyian, mujur ada Nina sahabatnya yang sering menemaninya dan mendengar segala keluh kesah Jiha. Walaupun babah Jiha meninggalkan harta warisan yang banyak kepada Jiha, tetapi itu bukanlah jaminan kebahagiaannya.

Ini kerana, lelaki yang mendampinginya selepas itu hanya inginkan kekayaannya bukan dirinya. Jiha jadi panasaran dalam memilih siapa bakal menjadi imamnya. Namun, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Terpulanglah kepada Najiha bagaimana dia menerima dan reda dengan takdir ketentuan-Nya dan meneruskan hidupnya. Dapatkah Najiha menemui happy endingnya?


Rasa KU
Nah, Untuk Awak!... lebih kepada menghargai peminat Nirrosette yang menantikan kemunculan novel terbaru darinya. Nah, Untuk Awak! Peminat yang tertunggu-tunggu karya terbaru Nirrosette. Sebab tajuk novel dengan ceritanya memang tak ada kaitan langsung.

Kisah Najiha ini menggunakan latar belakang Singapura memandangkan penulisnya juga berasal dari Singapura. Bagi pembaca yang tidak pernah sampai singapura atau tidak familiar dengan Singapura agak sukar untuk menbayangkan tempat-tempat yang dinyatakan penulis. Selain itu, penulis juga ada menyelitkan beberapa info mengenai sistem pendidikan di Singapura dalam kisah Najiha ini. Tetapi itu bukanlah penghalang untuk kita menghayati dan mengambil iktibar dari kisah ini... kan?

Biasanya kita disajikan dengan kisah orang yang ditimpa musibah dan kemudian mencari Allah dimana merupakan tempat untuk mengadu segala masalah... tetapi kisah Najiha ni lain sikit... Najiha mula mengenal dan melaksanakan suruhan-Nya disebabkan oleh orang yang disayanginya iaitu babahnya bukan sebab musibah yang melandanya.

Najiha sering bermimpi bertemu dengan seseorang yang hodoh dan kurus yang meminta tolong kepadanya selepas babahnya meningal dunia. Najiha mendapatkan pandangan Nina mengenai mimpinya itu. Nina berpendapat, mungkin itu adalah bayangan arwah babah Najiha... Nina juga membuka cerita mengenai golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka dan itu juga merupakan sebab Nina mula mengenakan hijab kerana dia sayang akan keluarganya.

Pada saat dan ketika itu juga Najiha membuat keputusan untuk berhijab. Dia sayang akan babahnya. Dia tidak mahu babahnya menderita dan terseksa kerananya. Bermula dari situ sedikit demi sedikit Najiha mula mendalami Islam, belajar mengaji dan mengikuti kelas-kelas agama yang dianjurkan.

Seusai habis membaca NUA! Ni, keseluruhan apa yang ingin disampaikan Nirrosette kepada pembaca dapat AA simpulkan melalui kata-kata ni...
Kadang-kadang 
Kerana terlalu sayang dengan seseorang 
Allah ambil dia daripada kita 
Allah jarakkan kita dengan dia 
Untuk uji kita 
Masihkah kita sayang 
Pada yang mengurniakan rasa sayang itu? 
Dan masihkah kita percaya 
Pada aturan DIA?
Untuk sedarkan kita 
Bahawa ada dia yang perlu lebih kita sayangi 
Lebih daripada segala-galanya 
m/s 285

Allah uji kita sebab Allah nak kembalikan kita pada-Nya. Allah ingin kita ingat Dia semula. Allah ingin sedarkan kita yang kita sebenarnya ada Dia yang perlu kita sayangi, lebih daripada segala-galanya.


Suka KU

m/s 146
‘Students are at their best when it comes to judging what their teachers wear, okay”
AA setuju! Bila baca part ni... teringat zaman sekolah dulu. Kadang-kadang kita lebih ingat dengan apa yang seseorang cikgu tu selalu pakai berbanding nama penuhnya sendiri.

m/s 354
Jika kita beri Al-Quran kepada seseorang, apabila dia menggunakan al-Quran tersebut dan membacanya, kita yang memberi turut akan mendapat pahala. Al-Quran itu sebenarnya hadiah yang paling mahal yang boleh kita berikan kepada seseorang. Secara langsung atau tidak langsung, sedikit sebanyak ia mungkin boleh mengubah orang itu.
Hanya orang yang bertuah sahaja yang tergerak hatinya untuk menghadiahkan seseorang dengan al-Quran.

m/s 453
“ Awak tau tak antara barang wajib yang perempuan patut bawa selain tisu peket ialah payung?” protes Eid tak puas hati. Umi ialah salah seorang daripada perempuan yang mengikut peraturan tersebut. Mana-mana dia pergi di dalam begnya mesti ada sekurang-kurangnya sepeket tisu dan sekaki payung. Itu barangan wajib, okey.
Hemm... AA tak termasuk dalam golongan Umi Eid la... AA adalah sebaliknya... tisu peket dan payung adalah antara barang yang susah nak ada dalam beg AA... sampaikan, masa blaja dulu... cosmate AA lelaki, cina, yang selalu tumpangkan payung dia sampai bus stop lepas habis kelas... bus stop tu tak la jauh mana pun... tapi bila dah hujan lebat boleh basah lencun juga dibuatnye. Punya la liat nak bawa payung walaupun dah tahu waktu tu musim hujan... huhu.


~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~


Sinopsis Kulit Buku 

Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru

Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap. Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

“Awak intip saya ke apa ni?”
“Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya.”
“Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?”
“Tempat ni bukan awak yang punya.”


Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.

Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.

***

Selepas Ikhlas, A. K! kini NIRROSETTE membawa kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yang bahagia. Nah, untuk Awak! Sebuah kisah bahagia bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...