Review: Dosa Semalam ~ Adilla Tasha

Penulis: Adilla Tasha
Penerbit: Kaki Novel
Cetakan: Ketujuh - Mei 2011
ISBN: 978-967-5067-50-1
Harga: rm 19.90
Helaian: 460 m/s


'Ku tinggalkan semalam yang hilang, akan kudakap hari mendatang...'
Bacaan KU

DOSA SEMALAM (DS) merupakan novel kedua Adilla Tasha (AT) dengan Kaki Novel. Novel pertama beliau SIAPAKAH DIHATIMU telah berada dipasaran pada September 2009.

DS mengisahkan Hanim yang dibuang keluarga setelah dia hamil akibat dirogol oleh Ariff. Bersama sisa semangat yang masih ada, dia membesarkan Aidil dan tidak menoleh kebelakang lagi. Enam tahun mengubat luka di hati, Ariff muncul semula untuk menjernihkan keadaan. Mampukah Dosa Semalam Ariff dihapuskan?



Rasa KU

DS mempunyai jalan cerita yang Straight to the point... tak belit-belit... senang nak faham.Cerita dimulakan dengan pengenalan watak Hanim dan persekitarannya. Lalu ia... beralih kepada bibit pertemuan antara Hanim dan Tuan Ariff. Konflik bermula apabila Hanim diperkosa Tuan Ariff ketika menemankan Tuan Ariff yang mabuk balik ke bilik hotelnya. Setelah itu, Hanim dibuang keluarga apabila mendapati dirinya mengandung.

Selepas itu, Hanim bertemu dengan Izan lalu mengikutnya ke Klang. Di situ, Hanim tinggal sementara di Rumah Kasih Sayang sehingga dia melahirkan anaknya, Aidil. 6 tahun kemudian, pertemuan semula Hanim dan Tuan Ariff membawa kita kepada penyelesaian konflik2 yang tercetus.

Keseluruhannya, DS tak rugi baca... kisah liku hidup mangsa rogol. Walau batas pergaulan dan berpakaian dijaga rapi, tapi itu bukan tiket bagi menjamin kita tidak akan terjebak... Bukan itu yang dipinta, tapi jika itulah yang tersurat, tiada daya upaya untuk menolaknya... hanya menerima dengan redha...



~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~



Sinopsis Kulit Buku
Diri Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yg merogolnya. Nasib menyebelahi dirinya apabila Izan tampil menghulurkan bantuan dgn memberinya semangat dan perlindungan di Rumah Kasih Sayang.

Kehadiran Aidil pengubat luka di hati walaupun lahirnya tidak sah di sisi undang-undang. Bersama Izan, Hanim membesarkan Aidil dgn penuh kasih sayang tetapi ada batasnya. 6 thn mengubat lara dihati, kehadiran Arif di pejabat tempatnya bekerja kini menggugat ketenangan di tasik hati.

Dendam masih membara. Sedaya upaya Hanim cuba menjauhkan diri daripada Ariff namun tidak berjaya apabila tuntutan kerja memaksa mereka sentiasa bersama. Ariff yg telah berjaya menjejaki Hanim berusaha utk menjernihkan keadaan

Berjayakah Ariff mencuri hati Hanim sekali gus memikul tanggungjwb sbg seorg ayah keapda aidil?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...