Review: Untuk Semua Dosaku ~ Rin Ahmad

Penulis: Rin Ahmad
Penerbit: Kaki Novel
Cetakan: Pertama - Disember 2012
ISBN: 978-967-5067-32-7
Harga: rm22
Helaian: 618 m/s

Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du der, der die Liebe erschaffen hat?
Are you in love with the idea of love, or do you love the creator of love?
Adakah kau mencintai 'cinta' atau mencintai Pencipta cinta?

Bacaan KU

UNTUK SEMUA DOSAKU (USD) merupakan karya pertama Rin Ahmad (RA) dalam versi cetek walaupun di blog (karyalepak.blogspot.com) USD merupakan karya keempatnya.

USD membawa kita kembali kepada fitrah manusia. Fitrah manusia yang mencintai perkara kebaikan, mudah dekat dan mudah tertarik dengan sesuatu yang baik dan benar. Sebelum tibanya akhir kehidupan, selagi itu kita akan berjuang untuk menjadi lebih baik.

Kisah fitrah manusia yang mahu bergerak dari point A ke point B untuk menjadi lebih baik ini digambarkan malalui pergaulan bebas antara Nur Lisa dan Syed Azri ketika belajar di rantauan telah merantai mereka sebagai suami dan isteri.

Nur Lisa yang telah mendapat hidayah Allah terpaksa menempuh perjalanan hidup yang sukar untuk menarik Syed Azri agar beralih ke paksi kebenaran semula. Bukan sedikit keringat yang perlu dikerah Nur Lisa untuk bermujahadah atau menarik Syed Azri agar sama-sama menegakkan suruhan Allah. Untuk bermula dengan solat lima waktu pun amat payah.

Ini kerana, Syed Azri berbeza dengan watak hero jelmaan yang playboy dan tersesat kemudian insaf setelah bertemu dengan gadis pujaan. Syed Azri orang bijak, penuh ilmu di dada dan mempunyai asas agama yang baik.

Syed Azri tahu tapi tak mahu. Dia umpama pohon yang rendang tapi tak berbuah. Mampukah Nur Lisa mempertahankan hidayahnya dan memimpin Syed Azri supaya berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilihnya? Atau Syed Azri terus hanyut dengan cara hidupnya yang jauh menyimpang dari jalan ke jannah?



Rasa KU

USD bermula dengan permulan hidup Nur Lisa sebagi isteri kepada Syed Azri. Cabaran serta dugaan yang dihadapi pada minggu pertama menjadi Syed Azri membawa kepada flashback kisah pergaulan bebas mereka di studio kecil di Pasing, Jerman. Gaya hidup yang diamalkan sering menghantui dan mengekori Nur Lisa dalam usaha-usahanya untuk berubah kepada lebih baik (mencari keredhaan Allah).

Flashback kisah silam Nur Lisa dan Syed Azri ketika di Pasing diselang selikan dengan peristiwa semasa di Malaysia. Di mana, Lisa masih lagi berusaha untuk menarik Syed Azri untuk melaksanakan perintah Allah. Jalan yang dipilih Nur Lisa setelah bertemu dengan Lydia ketika dia mabuk teruk sebaik pulang dari pesta octoberfest. Pertemuan yang tidak dirancang... pertemuan yang membawa titik perubahan... juga pertemuan yang membawa cahaya hidayah menjengah ke ruang hati seorang Nur Lisa sehingga Syed Azri sanggup meninggalkannya keseorangan di Jerman tanpa sepatah kata.

Semasa baca USD... rasa mcm nk ckp... Jom reramai kita blaja bahasa Jerman... sebab... dalam ni terdapat banyak penggunaan perkataan2 Jerman. Tak kurang juga info2 mengenai Jerman... makanannya... pakaiannya... budaya hidupnya... automotifnya... dan juga Adolf Hitler...hehe. Terdetik dihati... RA mesti mempunyai pengalaman yang luas mengenai Jerman dan bahasanya. Apa-apa pun... banyak ilmu yang dapat diperolehi dalam USD... setiap perkataan membentuk ayat2 yang bernas, memberi pengajaran dan terkesan dihati.

Kesimpulannya, USD ni best... sangat tak rugi baca... menginsafkan...

Tiada jalan senang untuk berubah. Rintangan membuat kita pasrah, air mata sering kali tumpah dan adakalanya kita akan sendirian tapi Dia sentiasa bersama kita.


Suka KU

Emm... suka ape yek... oh! firstly... of course... info tentang Jerman... It's culture and language... lain dari yang lain... kebanyakkan guna bahasa inggeris...

Second... ini antara petikan yang terdapat dalam USD yg terkesan dalam hati AA.

i. Kalau difikirkan kembali, lagi senang hidup di Jerman kalau masuk bab solat dimana aje janji bersih dan menghadap kiblat. Kalau kat sini bentang sejadah bawah pokok ada yang pandang tak berkelip nanti. Kat sana orang pandang dan siap caci maki pun tak apa sebab mereka memang tak faham apa itu Islam tapi kat sini, sesama Islam pun pandang pelik. Maklumlah lumrah orang kita yang suka menghukum tanpa usul periksa, suka mengeji sesuatu yang diluar norma budaya, wlaupun sebenarnya sah disisi agama.
m/s 322

ii. Memang ramai orang yang bertemu hidayah jauh di rantau kerana di rantau org, hati cepat menjadi sunyi, menjadi walang dan tersentuh. Paling penting, di tempat orang senang nk membezakanbaik dan buruk. Jelas perbezaannya. Di Malaysia kadang2 nur Ilahi terkambus antara adat dan budaya, tersembunyi antara fasik dan yang benar.
m/s 350

iii. Hubungan sblm berkahwin tu ialah maksiat yang tidak terhapus hanya dengan sebuah perkahwinan. Bagus kahwin cepat. Semua dosa dating, pegang sana sini bolh terhapus. Itulah konsep papa. Ingat semua dosanya bersama Syed Azri di Jerman duluu terhapus hanya kerana ikatan sah yang termeterai? Semua dosa setiap hamba akan gugur dan diampun Allah sekiranya dia bertaubat dan Allah menerima taubatnya. Bukan semudah, dah berzina jom kahwin. Mana ada jalan hidup yang mudah. Semuanya adalah sebuah perjuangan. Perjuangan untuk mencari keredhaan Ilahi dan tempat yang mulia di akhirat.
m/s 472

iv. Kadang-kadang tak semua orang beruntung di kurniakan hidayah tanpa musibah. Kebanyakknnya ramai orang ditimpa musibah barulah kembali mengingatiNya.
m/s 604

Last... ni antara ayat yang AA suka juga...

i. Walaupun kita berdosa sebanyak bintang di langit, sebanyak debu di gurun atau sebanyak buih di lautan, yakinla kasih sayang Allah dan keampunanNya terlalu luas
m/s 156

ii. Untuk berubah, pejamkan mata. Pekakkan telinga. Susah memang susah tapi manis di akhirnya tak akan dapat diucap dengan kata2.
m/s 329

iii. Allah creates amazing things. So, trust Him completely. Be with Him always.
m/s 427


~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~


Sinopsis Kulit Buku
Nur Lisa, gadis pintar yang melanjutkan pelajaran ke Technical University of Munich terperangkap menjadi roommate jejaka kacak Syed Azri dengan sexy-smart-bred yang egonya tinggi melangit di studio kecil Pasing, Jerman. Sikap selamba Nur Lisa telah berjaya menambat hati Syed Azri yang pantang dicabar.

Berpasangan dan berkasih bukanlah tiket untuk hubungan kekal lama apabila cahaya hidayah menjengah ruang hati Nur Lisa. Bertahun hidup bersama di bumi asing merantai kaki Nur Lisa tetapi dia tegar melangkah pergi. Pergi meninggalkan semua dosa.

Impian Nur Lisa yang mendamkan lalaki yang beriman sebagai pasangan yang mampu membimbingnya lebur. Bagi Nur Lisa, sedalam mana cintanya terhadap Syed Azri, perkahwinan bukanlah penghapus dosa silam. Dipaksa berkahwin oleh keluarga yang malu apabila mengetahui kehidupan bebas Nur Lisa bersama Syed Azri di Jerman dulu menambah duka. Betullah kata orang... nak buat baik susah, nak berubah jadi baik, berganda-ganda lagi susah. Tanpa sokongan keluarga dan suami sendiri, mampukah Nur Lisa tegap berdiri di jalan yang telah dipilihnya? Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...