Review: Rindu Dalam Sepi ~ Siti Khadijah

Penulis: Siti Khadijah
Penerbit: Karya Seni
Cetakan: Pertama-Sept 2012
ISBN: 978-967-0246-314
Harga: rm 22
Helaian: 553 m/s

' Menjauh bukanlah keputusan yang terbaik untuk hubungan kita. Tapi apabila kau merinduku dalam sepi, kau akan mengerti perasaanku terhadapmu selama ini - Ainur Mardiyah '
Bacaan KU

RINDU DALAM SEPI (RDS) merupakan enovel yang dibukukan. Enovel ini dihantar secara bersiri di lamn blog Penulisan2u. RDS menghidangkan satu lagi kisah kahwin paksa akibat tangkap basah. Perkahwinan paksa yang tercetus antara AMMAR MUKHRIZ dan AINUR MARDIYAH.

Perkenalan mereka bermula apabila Mardiyah diarahkan oleh Datuk Zainal, untuk menjadi setiausaha kepada anaknya, Ammar. Pada mulanya Ammar tidak menyukai Mardiyah kerana gadis itu suka melawan cakapnya. Ada sahaja jawapan yang lahir dari bibir mungil itu yang mampu mencabar keegoan Ammar.

Keadaan bertambah buruk lagi dengan kehadiran Lydia, yang suka mencari pasal dengan Mardiyah. Tambahan pula sikap mengada-ada dan sombong diri Lydia tidak disukai Mardiyah.

Namun, perkahwinan antara Ammar dan Mardiyah terjadi apabila mereka ditangkap basah ketika menghadiri mesyuarat di Kuantan. Hal ini terjadi berpunca daripada Ammar yang meminta Mardiyah menyiapkan laporan dan menghantar kepadanya pada malam itu juga. Kebetulan semasa Mardiyah mahu meyerahkan laporan tersebut, Ammar baru sahaja selesai mandi dan masih bertuala. Waktu itu jugalah JAIP sedang melakukan operasi mencegah maksiat di hotel yang mereka duduki. Mereka ditangkap kerana berdua-duaan di dalam bilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Akibat daripada kejadian itu, Datuk Zainal telah memaksa Ammar untuk menikahi Mardiyah demi menjaga nama baik keluarga dan perniagaan mereka. Sementelah, sebelum ini Datin Zarina, mama Ammar telah mengenali Mardiyah terlebih dahulu di Rumah Anak Yatim Nur Cahaya dan sangat berkenan dengannya. Hal ini menyebabkn Ammar berasa tersepit dan tertekan dengan keputusan yang dibuat oleh kedua ibu bapanya sementelah dia telah mempunyai kekasih.

Ammar bersetuju untuk menikahi Mardiyah tetapi dia telah menetapkan syarat bahawa dia tidak akan menerima Mardiyah sebagai isteri dan meminta keluarganya serta Mardiyah untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan umum terutamanya pekerja2 di Hotel Saga. Selain itu, Ammar juga berjanji untuk menyeksa hidup Mardiyah disebabkan perkahwinan yang tidak dirancang itu.

Peristiwa perkahwinan paksa itu juga meragut nyawa ayah Mardiyah yang telah diserang sakit jantung apabila berita tangkap basah anaknya sampai kepadanya. Bukan itu sahaja, Mardiyah turut dihalau ibunya dari kampung selepas ayahnya selamat dikebumikan.

Sejak itu bermulalah episod duka Mardiyah, apabila dia sering dicemuh dan dicaci Ammar. Pelbagai cara dilakukan Ammar untuk menyeksa Mardiyah tambahan pula Mardiyah masih lagi bekerja sebagai setiausaha Ammar. Mardiyah meminta tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel Ammar disamping cuba menstabilkan kehidupannya sebelum keluar daripada hidup Ammar.

Sepanjang tempoh tiga bulan itu,rasa benci yang diciptakan Ammar terhadap Mardiyah mula memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem yang berusaha memikat hati Mardiyah menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammarr ke tangan perempuan lain.

Disebabkan oleh rasa cinta dan kasih yang semakin mekar di hati, Ammar bulat dengan keputusannya untuk menawan hati Mardiyah. Tindakkannya ini turut mendapat sokongan daripada Datuk Zainal dan Datin Zarina.

Berjayakah Ammar menawan semula hati Mardiyah yang telah disakitinya suatu ketika dahulu? atau hati Mardiyah telah ditawan oleh jejaka lain Lalu meninggalkan Ammar terkapai-kapai sendirian? Dapatkah perkahwinan yang bermula atas dasar benci dan terppaksa ini menemui jalan bahagia? Semuanya hanya akan terjawab RDS.


Rasa KU

RDS merupakan novel cinta yang membawa tema perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa disebabkan tangkap basah. Jalan cerita yang klise... biasa2 je. Perhubungan yang terjadi antara majikan dan pekerja. Cara tangkap basah pun hampir sama dengan novel2 sedia ada dipasaran.

Tempat kejadian tangkap basah mesti dekat bilik hotel... girl yang masuk dalam bilik boy... pastu yang boy ni mesti tengah mandi atau baru lepas mandi... and suddenly... pegawai pencegah maksiat pun datang... Nak tak nak kene kahwin jugak.

Yang rase tertipu dan terpaksa mestilah yang boy tu... sebab boy tu kaya dan rasa girl tu just nak kikis harta dia atau nak hidup senang semata-mata. Maka, wujudlah adegan2 penyeksaan boy tu terhadap girl tadi... tak kiralah dari segi mental ataupun fizikal. Lama-kelamaan wujudlah rasa cinta antara kedua-duanya.

Apa yang membezakan RDS dengan kisah2 kahwin paksa sebab tangkap basah yang lain hanyalah hero sukar untuk meluahkan rasa cinta dalam hati atau lebih tepat lagi mengungkapkan aku cinta padamu atau I love you kepada perempuan. Walaupun dia memiliki teman wanita yang cantik lagi seksi.

Keseluruhan RDS biasa2 je. Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada SK kerana berjaya menghasilkan RDS memandangkan RDS merupakan novel sulung beliau. Semoga SK dapat meningkatkan lagi kualiti karya pada masa akan datang dengan jalan cerita yang lebih menarik dan lain daripada yang lain... ape-ape aje... :)


Suka KU

Petikan kata-kata dalam RDS yang aku suka... :)

" Islam tak larang umat dia untuk berfesyen. Kita boleh berfesyen, janji fesyen itu tidak melanggar batas syariat dlm pemakaian dlm Islam. Sekarang ni banyak fesyen2 muslimah yang sesuai untuk gadis2. Islam tu tak pernah membebankan umatnya melainkan umatnya sendiri yang menyusahkan apa yangmudah. Kalau bertudung sekalipun, kecantikkan takkan pernah terjejas kerana kecantikan tu bukan datang daripad keelokkan rupa tapi lahir dari hati yang ikhlas"
m/s 175

Kita mungkin tidak akan mengahwini orang yang kita cintai, sebaliknya kita akan mencitai orang yang kita kahwini.
m/s 537

Boleh jadi kita menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik untuk kita. Tetapi sesuatu yang kita benci itu adalah yang terbaik untuk kita
m/s 552

Kita boleh memilih dengan siapa untuk kita bercinta tetapi kita tidak tahu dengan siapa kita ditakdirkan dan dijodohkan kerana kita merancang dan Allah juga merancang. Tetapi haruslah diingat, perancangan Allah adalah yang lebih baik.
m/s 553



~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~



Sinopsis Kulit Buku
Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.

“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!

“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?

“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”

“Kalimah apa?”

“I love you, my love.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...