Review: Pergilah Air Mata ~ Hanni Ramsul

Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Kaki Novel
Cetakan: 17 - Februari 2012
ISBN: 978-967-5067-37-2
Harga: rm 28
Helaian: 858 m/s

'Akan kulepaskan jua air mata ini pergi... jauh... sejauhnya... sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu'

Bacaan KU

PAM mengisahkan perjalanan hidup Sabrina setelah ditangkap basah bersama seorang anak Datuk, Badrul. Dia dipaksa untuk menikahi Badrul bagi mengelakkan keluarga Datuk Hamidi mendapat malu. Pada masa yang sama, Badrul menuduh Sabrina berkomplot dengan kekasihnya, Ikmal untuk membolot kekayaan keluarganya. Pada hakikatnya, Sabrina adalah mangsa cemburu sahabat baiknya, Maria yang tidak menyenangi kenaikan pangkat serta hubungan mesra Sabrina dengan Ikmal, bakal tunangnya. Akibat daripada peristiwa itu, Sabrina telah dibuang kerja dan majlis pertunangannya bersama Ikmal telah dibatalkan.

Perkahwinan kali kedua Badrul bersama kekasihnya, Dayana menambahkan lagi penderitaan Sabrina. Kebebasan Sabrina disekat. Dia dilarang untuk keluar bekerja malah untuk keluar rumah juga perlu mendapat keizinan Badrul, berbanding Dayana yang bebas untuk melakukan aktivitinya ketika sebelum dia berkahwin. Kesibukan Dayana menyebabkan Badrul mula menagih kasih dan perhatian daripada Sabrina yang selalu ada apabila dia diperlukan. Lama kelamaan Badrul dapat merasakan kehadiran rasa cinta dn kasihnya kepada Sabrina. Begitu juga Sabrina yang mula merindui kehadiran dan layanan mesra Badrul.

Bagaimanapun, Dayana dapat menghidu hubungan mesra Badrul dan Sabrina dan telah meminta untuk diceraikan. Sabrina pula membawa diri ke pantai timur kerana menganggap hubungannya dengan Badrul adalah satu kesilapan. Bermulalah sesi pujuk memujuk antara Badrul dan Sabrina. Berjayakah Badrul? Hehe... kene baca le...


Rasa KU

Novel tebal ni merupakan karya kedua Hanni Ramsul selepas BIARLAH YM BERBICARA. Pada mulanya... melihatkan kepada ketebalan novel ni patah semangat juga la untuk membacanya... ia la kan... biasanya kebarangkalian jalan cerita yang meleret bagi novel yang tebal ni adalah tinggi...konflik tak sudah... kona sana kona sini... tak selesai juga.

Tapi tidak bagi PAM... bila dah mula baca... terus dan terus... dah tak boleh nak berhenti dah... kene juga baca sampai habis... macam melekat je mata ni dekat buku... cerita pasal Sabrina dan Badrul... menarik, tak bosan dan tak meleret... straight to the point.

Keseluruhannya cerita ni memang best... tak rugi baca. Idea yang ingin disampaikan dapat diterima dan difahami pembaca dengan mudah. Konflik yang diketengahkan juga tidak terlalu rumit. Sesuai untuk pembacaan yang santai tanpa perlu serabut kepala otak untuk menghadamnya.

Emm... ada kemungkinan juga... perenggan-perenggan yang pendek serta jarak antara perenggan yang agak luas menyebabkan bilangan muka surat bertambah, novel pun jadi tebal. Jika pengurangan jarak antara perenggan mungkin PAM tidaklah terlalu tebal... apa-apa pun... mungkin jarak antara perenggan yang agak luas ni juga memudahkan pembaca membaca dan tidak bosan...ia la... baca kejap je dah selak muka surat lain... apa-apa aje... :)


~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~

Sinopsis Kulit Buku
Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit... SABRINA

Memang aku benci. Memang aku tidak rela dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita? Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya mainan perasaan ini... BADRUL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...