Review: Sinar Kasih ~ Zihasra Aziz

Penulis: Zihasra Aziz
Penerbit: Buku Prima
Cetakan: Pertama 2007
ISBN: 978-983-3669-54-7
Harga: rm 17.90
Helaian: 428 m/s

SINAR KASIH (SK) merupakan karya kedua bagi Zihasra Aziz (ZA) selepas MENITI BAHGIA. Novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik walaupun gaya penyampaiannya agak hambar dan terlalu klise... kita dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya... tiada unsur dramatik atau mendebarkan dari awal hingga akhir cerita.

Watak utama, Lili Zafira digambarkan sebagai seorang gadis yang lemah lembut, baik hati dan mempunyai wajah yang cantik. Dia cuba bangkit daripada kisah lalu yang penuh dengan penderitaan lalu menjadikannya seorang wanita yang tabah selepas berpisah dengan suaminya, Syamil Daniel.

Selaian itu, terdapat terlalu banyak kebetulan diantara watak2 di dalam SK seperti... Kawan Lili, Farhannah adalah tunang kepada Syafik yang merupakan kawan baik Syamil suami Lili... Syafik juga bekerja di tempat yang sama dengan Syamil... Akmatul, kawan Lili semasa sekolah rendah yang kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut keluarganya adalah pekerja di syarikat milik Syamil... Datin Suraya iaitu ibu kepada Syamil menjadi nenek angkat Haikal, anak Lili dan Syamil sebelum Syamil mengumumkan pernikahan dia dan Lili kepada keluarganya.

Keseluruhan novel ini mempunyai jalan cerita yang terlalu pantas. ZA seolah-olah tergesa-gesa untuk menyudahkan cerita. Selain itu, kesudahan/pengakhiran watak-watak yang terdapat dalam novel ini kelihatan terlalu mudah.

Diharapkan, ZA dapat menambah baikkan lagi cara penyampaian cerita. Perbanyakkan unsur-unsur yang mendebarkan serta dramatik yang dapat menarik minat pembaca membaca dari awal hingga akhir. Keseluruhan idea yang cuba dismpaikan dapat diterim dan difahami dengan baik.

p/s: Berubah sangat ke wajah Lili bila ditempek dengan make up sampai Syamil tidak perasan itu adalah isterinya yang dicari-cari selama ni . Agaknya sebelum ni si Syamil tu tak telek betul2 muka si Lili tu... tu yag tak perasan tu...walaupun setelah banyak kali bertemu dan keluar makan bersama. Orang dah benci la katakan... muka cantik macam mana pun... tetap nampak hodoh gak... hehe... apa-apa aje... :)

~ NovelLikeAMysteryBox ~
~ afinarif ~


Sinopsis Kulit Buku
Keperitan hidup gadis yatim piatu bernama Lili Zafira membuatkan dia tabah mengharungi dugaan hidup. Walaupun dipelihara oleh bapa saudaranya, Haji Adam, namun kehadiran Lili Zafira di dalam keluarga itu tidak disenangi oleh emak saudaranya Puan Zaiton dan anaknya Amira.

Perwatakan dan wajah yang cantik dimiliki Lili Zafira membuatkan Amira sering mencemburuinya. Walaupun pintar dalam pelajaran, namun Amira sering mendera Lili Zafira melakukan pelbagai kerja rumah menyebabkan tumpuan Lili Zafira terhadap pelajaran terjejas. Semuanya berubah apabila Amira mengenali Zahir, pemuda playboy di Kampung Matang, Zahir sebenarnya menaruh hati pada Lili Zafira, namun Lili Zafira tidak pernah melayaninya. Amira disahkan mengandung akibat perbuatan terkutuknya bersama Zahir. Hal ini membuatkan perasaan cemburu Amira semakin membuak-buak.

Pelbagai helah diatur oleh Zahir dan rakan baiknya, Adli untuk memerangkap Lili Zafira. Mereka merancang sesuatu untuk memperdayakan Lili Zafira. Namun Lili Zafira diselamatkan oleh seorang pemuda bernama Syamil Daniel.

Malang tidak berbau, Amira telah melihat kejadian itu dan menabur fitnah mengatakan Lili Zafira dan Syamil Daniel melakukan khalwat. Lili Zafira terpaksa dikahwinkan dengan Syamil Daniel, anak seorang hartawan terkenal di Kuala Lumpur.

Perkahwinan Lili Zafira dan Syamil Daniel tidak bahagia. Syamil Daniel telah menuduh Lili Zafira perempuan mata duitan. Hidupnya semakin tertekan apabila Syamil Daniel tidak mengakui anak dalam kandungannya itu adalah zuriatnya.

Lili Zafira nekad melarikan diri setelah melihat Syamil Daniel keluar dengan perempuan lain. Dia ingin membina hidup baru dan berjaya merubah hidupnya sebagai model terkenal bernama Fira. Namun pertemuan yang tidak disangka membuatkan dia bertemu semula dengan Syamil Daniel, Kehadiran Fira membuatkan hidup Syamil Daniel lebih bermakna.

Dapatkah Lili Zafira menyembunyikan identitinya disebalik nama Fira, model terkenal. Bagaimana pula dengan Syamil Daniel yang masih mendambakan sinar kasih dari isterinya yang telah lama menghilang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...